Oleh Suliati Asri
Peluang menunggang dan melihat sendiri perlumbaan burung unta sesuatu yang cukup berharga.
Melengkapkan lagi kunjungan, merasai sendiri keenakan sate burung
unta yang jarang didapati membuatkan peserta Negeri Sembilan Food Trail
2013 pulang dengan senyuman.
Tersenarai sebagai lokasi kedua program anjuran Tourism Malaysia
Negeri Sembilan itu, lawatan ke pusat burung unta di Jelita Ostrich Farm
dekat Jalan Pantai, Seremban membawa seribu erti buat kami.
Dibuka pada 1997, Jelita Ostrich Farm ini memberi peluang pengunjung melihat sendiri antara burung terbesar di dunia ini serta mengenali lebih dekat haiwan unik ini.
Dibuka pada 1997, Jelita Ostrich Farm ini memberi peluang pengunjung melihat sendiri antara burung terbesar di dunia ini serta mengenali lebih dekat haiwan unik ini.
JELITA Ostrich Farm tawar pengalaman penuh bermakna.
Walaupun sudah 16 tahun beroperasi, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudannya termasuklah warga tempatan.
Pengurus Haiwan Jelita Ostrich Farm, Syed Azlan Syed Abdul–lah berkata, masih ramai yang tidak tahu kewujudan Jelita Ostrich Farm ini yang dikomersialkan untuk pelancong dalam dan luar negara.
“Penduduk di Seremban sendiri tidak tahu mengenai ladang ini yang menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran mengenai burung unta,” katanya.
Menurutnya, pengunjung bukan saja dapat melihat dan memegang sendiri haiwan unik ini, malah menonton perlumbaan burung unta yang ditunggang kakitangan ladang ini.
“Burung unta adalah haiwan unik yang sangat sensitif. Ia suka dibelai, tetapi bertindak agresif jika berasa dirinya diganggu.
“Selain burung unta, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai haiwan lain termasuk rusa dan kuda.
Selesai sesi penerangan daripada Syed Azlan, kami memulakan penerokaan di ladang yang cukup tenang ini.
Peluang berdiri di atas telur burung unta memang mengujakan. Saat itu, masing-masing kagum melihat ketahanan telur burung unta dan sibuk meminta mengambil gambar.
Mahu merasai sesuatu yang berbeza? Menunggang burung unta antara aktiviti yang cukup menyeronokkan.
Sebelum sesi menunggang burung unta, pengunjung perlu mendengar taklimat bagaimana cara yang betul untuk duduk di atas burung unta.
Ini kerana jika tersalah teknik, pengunjung boleh jatuh.
Sebagai bukti keberanian pengunjung menunggangnya, pengurusan ladang itu memberi sijil penghargaan sebagai kenang-kenangan.
Perasaan takut, tetapi ingin mencuba memberi kekuatan kepada penulis menunggang burung gergasi ini. Dengan cara yang betul, akhirnya penulis menamatkan tiga pusingan di kandang yang kecil itu.
Secara jujur, penulis amat teruja dan bertuah mendapat peluang itu, malah riuh rendah peserta melihat perlumbaan itu yang menceriakan suasana.
Selesai aktiviti, kami dijamu sate burung unta yang jarang dijumpai. Rasanya memang unik dan sedap.
Sumber:harian metro
No comments:
Post a Comment