SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010. Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini.
Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang
dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta
daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia.
Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap
kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada
empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif
You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan
fungsi daun belalai gajah bagi memenuhi harapan ribuan pesakit kronik di
negara ini.
"Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti
mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam
tubuh manusia.
"Orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah
pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik
tinggi, diabetes dan gastrik boleh mendapatkan manfaat daripada daun
belalai gajah ini," katanya ketika ditemui di Seremban, baru-baru ini.
Hazmi menarik perhatian, meski pun kelebihan daun belalai gajah sudah
lama diketahui oleh orang ramai, ia masih ada kekurangannya.
Katanya, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap
kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa
gagal dalam usaha memerangi sel barah.
"Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa
memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua
tempat," ujarnya.
Berikutan itu, katanya, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun
belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah
diambil.
Terdapat empat jenis produk iaitu daun segar, serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang.
"Bagi menghasilkan produk ini, kami membuka ladang menanam pokok
belalai gajah seluas 15 ekar yang disewa daripada peneroka Felda
Sendayan mulai 14 Disember tahun lalu.
"Ladang ini adalah model ladang herba kluster Rembau di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dan kami adalah usahawan di bawah
bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan," katanya.
Menurutnya, pokok belalai gajah mula ditanam pada Januari tahun ini
dan tuaian yang pertama dibuat pada Mac dengan setiap ekar mampu
menghasilkan kira-kira 1 tan daun tersebut.Katanya, daun yang dipetik akan dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk.
"Daun akan dicuci sebelum dikeringkan dengan ketuhar dan direbus
sehingga pekat. Cecair itu kemudian akan diekstrak menjadi serbuk,"
ujarnya.
Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan
campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak
menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.
Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Hazmi berkata, pada masa ini, syarikatnya menghasilkan sebanyak 2,000 kotak UTurn seminggu yang diedarkan di lebih 2,500 outlet di Lembah Klang."Kami bercadang untuk mengeluarkan 4,000 kotak seminggu sebaik saja kapasiti pengeluaran kilang ditingkatkan," tambahnya.
Produk UTurn telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan (MAHA NS 2012)
di Seremban pada Julai lalu.You Dun Chao Herbs Farm boleh dihubungi melalui talian 03-79828268 atau Hazmi 012-3939791.