Penggunaan pelindung hujan dalam pengeluaran sayur-sayuran mempunyai kebaikannya tersendiri seperti:-
Mengalakkan kerosakan fizikal pada bahagian daun akibat hempapan air hujan.
Penyakit-penyakit yang mudah merebak di musim hujan seperti Hawar Phytopthora, reput air dapat dielakkan.
Meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.
Mengurangkan 20-30% keterikan matahari ke tahap yang sesuai untuk fotosintesis tanaman
(30-80 Klux).
Dapat mengawal perosak Plutella sp. dan Helulla tanpa atau menggunakan racun perosak
yang minimum.
Pekerja boleh bekerja di waktu hujan.
Selain dari kebaikan di atas, penggunaan pelindung hujan dapat meningkatkan hasil pengeluaran sayur-sayuran. Hasil boleh meningkat sebanyak 2-4 kali ganda lebih tinggi dari penanaman di tempat terbuka. Penggunaan pelindung hujan dapat mengawal perosak Plutella dan Hellula pada tanaman kobis, kobis bunga, kobis cina dan kailan dengan berkesan tanpa mengguna atau menggunakan racun perosak yang rendah. Ini boleh menghasilkan sayur-sayuran yang bebas dari sisabaki racun perosak. Penggunaan sistem ini turut merendahkan peratus kerosakan ke atas sayur-sayuran akibat serangan serangga dan penyakit sebanyak 30-49 peratus.
Pada asanya, pelindung hujan terdiri daripada bumbung plastik dan bertiang kayu atau besi. Plastik lutsinar digunakan sebagai atap kerana harganya yang murah dan sesuai untuk berbagai bentuk binaan. Bentuk-bentuk binaan pelindung hujan dinamakan berasaskan struktur bumbungnya. Dua bentuk yang mudah dibina ialah bentuk mata gergaji dan bentuk gable berbanding bentuk terowong yang agak mahal kosnya.
Bagi sebuah pelindung hujan, kos pembinaannya dianggarkan RM30-40 ribu (tahun 1993) bagi 0.4 hektar kawasan. Kos kayu dan plastik merangkumi 80% daripada kos keseluruhan. Selain dari itu, penggunaan pelindung hujan memerlukan sistem pengairan dengan anggaran kos sebanyak RM6,000 (1993) bagi 0.4 hektar kawasan.
(Dipetik dari majalah Teknotani April 1993)