Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Thursday, July 20, 2023

'Mowgli' perempuan Rembau, handal jinakkan lembu

 

KASIH Atikah kelihatan membawa anak lembu yang dipelihara oleh bapanya, Basri Ibrahim ke padang rumput ketika tinjauan di Kampung Chembong Kecil, Rembau. FOTO BERNAMA

KASIH Atikah kelihatan membawa anak lembu yang dipelihara oleh bapanya, Basri Ibrahim ke padang rumput ketika tinjauan di Kampung Chembong Kecil, Rembau. FOTO BERNAMA



Rembau: Di kala kanak-kanak seusianya leka menonton rancangan kartun di televisyen mahupun permainan lain, namun tidak bagi Kasih Atikah Basri, yang begitu lincah dan tidak kekok mengendalikan lebih 50 ekor lembu seperti pengembala berpengalaman.

Malah, keakraban kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bersama lembu-lembu berkenaan boleh diibaratkan 'bagai isi dengan kuku'.

Kasih Atikah atau lebih mesra dipanggil Kasih atau 'Adik' dalam kalangan keluarganya, sering mengikut bapanya, Basri Ibrahim, 41 dan bapa saudaranya Kamarudin Ibrahim, 31, ke kandang kerbau dan lembu di Kampung Chembong Kecil di sini sejak kecil.

Kanak-kanak itu kemudian menunjukkan minat bermain dan bermesra dengan haiwan itu pada usia enam tahun.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia juga tidak kisah untuk membersihkan najis lembu dan memberi mereka makan kerana hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat, selain turut menganggap haiwan itu seperti 'kawan baiknya'.


"Saya memang mesra dengan semua lembu di sini, tetapi yang paling rapat adalah dengan lembu kelainan upaya, bernama 'Serong' yang berumur lebih setahun, memang betul-betul sayang.


"Saya panggil aje memang dia terus datang, biasanya (saya) bawa air garam. Serong istimewa bagi saya, memang dijaga lebih berbanding yang lain kerana kaki dia tidak dapat berjalan dengan baik jadi dia kurang bergaul dengan lembu yang lain," katanya ketika ditemui.

KASIH Atikah memberi air garam kepada anak lembu. FOTO BERNAMA



Tanpa ada rasa takut terhadap segerombolan lembu berkenaan, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sepri itu berkata beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan lembu itu bersama kakaknya, Zohaika Basri, 15, dan dua orang sepupunya, Aidil Adha Bakari, 12 dan Nur Umairah Bakari, tiga tahun.

Kasih yang bercita-cita menjadi doktor haiwan itu berkata, dia tidak kisah jika ada rakan-rakan mengejeknya kerana terlalu akrab dan sering berada di ladang ternakan untuk menguruskan lembu berkenaan.

Dalam pada itu, Kamarudin atau dipanggil Pak Su berkata, sebelum ini anak saudaranya itu sering mengikutnya ke kawasan kandang pada sebelah petang selepas sesi pembelajaran di sekolah.

Bagaimanapun, berikutan penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19, Kasih akan ke kandang itu pada sebelah pagi dan petang setiap hari untuk bermain dan membantu menghambat lembu ternakan mereka pulang ke kandang.

"Pada peringkat awal, kami tanya juga tak takut ke, tetapi Kasih tetap berkeras untuk ikut. Jadi kita biarkan sahaja, lama-kelamaan dia makin rapat,

"Dia mungkin seronok sebab lembu-lembu ini bila dipanggil akan datang kepada dia, sebab tu Kasih suka bermain, setiap daripada mereka juga ada nama-nama tertentu seperti Merah, Putih, Gajah dan Hitam," katanya.

Atikah berusaha menarik anak lembu yang dipelihara oleh bapanya. FOTO BERNAMA



Kamarudin turut meluahkan rasa bangganya apabila anak saudaranya sanggup menguruskan haiwan ternakan dan meluangkan masa di ladang berbanding melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Katanya, beliau mengusahakan ternakan lembu baka kampung milik keluarga di tanah berkeluasan 0.404 hektar bersama dua lagi abangnya dan selain lembu, mereka turut mempunyai 100 ternakan lain, termasuk kambing dan kerbau.

Tuesday, June 8, 2010

Pengeluar daging, susu terbesar

FELDA menerusi anak syarikatnya Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, menjalin usaha sama dengan Middle East Oils & Grains Ltd (MEOG) dan Felda IFFCOAllana Malaysia Sdn Bhd bagi melaksanakan projek ternakan lembu bersepadu membabitkan pelaburan RM688 juta.

Projek berkenaan yang akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini, bakal menyaksikan FELDA muncul pengeluar daging dan susu lembu terbesar negara. Perjanjian usaha sama antara ketiga-tiga syarikat itu dimeterai di Kuala Lumpur. Ia disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Yusof Noor. Di bawah perjanjian itu, ketiga-tiga syarikat akan menubuhkan syarikat usaha sama di kenali sebagai Felda IffcoAllana Malaysia (FIAM).

Felda Global serta MEOG yang berpangkalan di India masing-masing akan memegang 40 peratus kepentingan syarikat usaha sama itu, manakala Felda IFFCOAllana memegang baki 20 peratus.

Menerusi usaha sama itu juga, setiap syarikat akan menyumbang sumber serta kepakaran masing-masing, yang mana Felda Global akan menyediakan tanah untuk ternakan, MEOF menyediakan rantaian pengedaran dan pemasaran global, manakala Felda IFFCOAllana pula akan menyediakan baka ternakan serta kepakaran dalam membina pusat penyembelihan serta kemudahan pemprosesan daging bertaraf dunia.

Najib dalam ucapannya pada majlis pemeteraian perjanjian usaha sama itu berkata, pakatan yang dijalin Felda Global itu akan membantu negara ini mengurangkan pergantungan kepada import daging lembu dan susu untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk negara yang semakin meningkat.
Ketika ini Malaysia hanya menghasilkan 25 peratus daging lembu untuk kegunaan tempatan dan lebih memeranjatkan, hanya lima peratus saja bekalan susu tempatan.

Keadaan ini meletakkan beban yang tidak sewajarnya di bahu pengguna tempatan yang terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi daging lembu dan susu import, selain mengehadkan pembangunan ekonomi negara apabila kita terlalu bergantung kepada bekalan luar untuk bekalan makanan tempatan, katanya.

Beliau juga menegaskan, usaha sama itu menjadi satu lagi mercu tanda bagi Felda Global yang baru dilancarkan operasinya Julai tahun lalu.

Dalam tempoh singkat Felda Global sudah menunjukkan kemajuan untuk menjadi satu daripada syarikat peneraju antarabangsa dalam industri pertanian, katanya.

Beliau juga memuji usaha sama itu yang mana syarikat terbabit menggunakan kepakaran masing-masing untuk menambah nilai tanah estet milik peneroka Felda.

Kita ada lebih 800,000 hektar tanah estet milik pekebun kecil, tetapi hanya sejumlah kecil digunakan untuk ternakan, dan kita juga tiada rantaian pasaran antarabangsa, justeru menerusi pakatan ini setiap rakan kongsi akan menggunakan kemahiran masing-masing untuk kebaikan syarikat, katanya
.

Saturday, June 5, 2010

Felcra Berhad rancang ternak lembu berskala besar

TEMERLOH 5 Jun — Felcra Berhad akan melaksanakan penternakan lembu berskala berskala besar di kawasan ladang miliknya di seluruh bermula negara tahun depan bagi menampung keperluan daging negara.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Felcra sudah mengenal pasti 17 kawasan ladang yang bakal dilaksana secara berperingkat-peringkat.

“Tender bagi membina kandang berharga RM300,000 tiap sebuah telah pun dikeluarkan dan apabila siap kelak, 2,000 ekor lembu akan mula diternak pada peringkat awal di setiap ladang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan penduduk kawasan Felcra Rumpun Makmur, dekat Kuala Krau, di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah ternakan itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

Buat masa ini Felcra telah pun memulakan projek perintis di ladangnya di Seberang Perak, Perak, membabitkan 800 ekor lembu, kata beliau.

Tajuddin berkata, negara terpaksa mengimport lebih 700,000 ekor lembu setiap tahun untuk menampung keperluan dan membabitkan peruntukan lebih RM1.4 bilion.

"Jika kita menternak sendiri lembu itu sudah pasti ia dapat menjimatkan peruntukan tersebut. Felcra mempunyai kawasan ladang yang luas dan sesuai untuk melaksanakan projek ternakan sedemikian,” katanya. — Bernama

Saturday, November 28, 2009

Johor: Ternak lembu lepas bersara ATM

MUAR: Bermula dengan menternak tiga anak lembu iaitu seekor jantan dan dua betina, seorang bekas Penyelia Pemilihan Pegawai Kadet berpangkat Pegawai Waran 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Shamsuddin Rais, 52, kini memiliki kira-kira 100 lembu dalam tempoh enam tahun.

Katanya, beliau mula menternak lembu secara kecilan pada 2003, selepas lima tahun bersara daripada ATM pada 1998, bertujuan mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.

Bagaimanapun, katanya, minatnya bercambah selepas mendapati ternakannya itu semakin serasi dengannya dan menambah bilangan haiwan ternakan itu dari setahun hingga ke setahun.



“Kini jumlah ternakan melebihi 100 ekor, selepas sebahagiannya dijual pada kadar RM1,900 hingga RM2,000 seekor apabila haiwan itu berusia dua tahun.

“Sebahagian besar ternakan saya baka tempatan yang membiak dalam ladang kelapa sawit di Kampung Batu 10, Paya Panjang, Jalan Muar-Pagoh, dekat Bukit Pasir, Muar,” katanya, ketika ditemui di ladang ternakannya.

Shamsuddin berkata, beliau berusaha membiakkan ternakan itu dengan baka import dari Australia yang bersaiz besar dalam usaha menghasilkan bekalan daging yang lebih banyak berbanding dengan baka tempatan.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu kurang berhasil apabila 30 baka import dibawa masuk pada awal Januari lalu, 26 daripadanya mati dipercayai kesan daripada perubahan cuaca yang menyebabkannya tidak mampu bertahan lama berbanding dengan baka tempatan.

“Antara punca yang menyebabkan lembu baka Australia itu mudah mati disebabkan keadaan ladang ternakan yang berbukit serta berlumpur dan becak apabila hujan, selain suhu panas.

“Saya percaya faktor cuaca turut menyebabkan haiwan import itu tidak mampu hidup lama selain sering terjatuh ketika menuruni tanah yang sedikit curam dalam ladang ternakan,” katanya berasal dari Kampung Sungai Renggam, Panchor, di sini.

Shamsuddin berkata, beliau bersedia membekalkan lembu untuk majlis korban untuk Aidiladha, namun tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Aidiladha.
Sumber:Berita Harian

Monday, October 19, 2009

Lembu Korban 2009

1.Lembu korban jenis Brahman /Brahman Cross
Umur • 2 Tahun
Anggaran Berat • 260kg -300kg
Kawalan Kesihatan • Suntikan Vaksin
Harga Jualan • RM1700 dan RM1800
Transport : RM900/lori/15-17 ekor hingga Lembah Klang
Stok sudah ada 280 ekor, di Pusat kuarantin Padang Besar.

2. Lembu Kampung/Kedah-Kelantan(KK)
Berat: 200kg-250kg
Harga :RM1600-1700
Agen Jualan diperlukan dan berminat , hubungi talian 019-2272127 untuk maklumat lanjut.Selagi masih ada.

Thursday, May 21, 2009

Penternak lembu rugi RM15,000



JENGKA – Seorang penternak lembu di Felda Jengka 19 di sini mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dalam satu kejadian ribut dan angin kuat yang menyebabkan kandang ternakannya rosak teruk, Ahad lalu.

Mangsa, Ahmad Omar, 69, berkata, pada kejadian jam 9 malam itu, dia di pekarangan masjid tanah rancangan tersebut bagi menghadiri majlis agama.

Menurutnya, tiupan angin kuat merentasi masjid dan beberapa rumah penduduk namun difahamkan tiada sebarang kecelakaan berlaku.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa namun keesokannya paginya, saya terkejut melihat salah satu kandang lembu rosak dengan 100 keping atap dan tiang kayu diterbangkan sejauh 800 meter.

“Saya beranggapan bahawa angin itu hanya melalui kandang tersebut sahaja kerana satu kandang lagi dan bilik pejabat tidak terjejas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ahmad berkata, kandang yang rosak itu baru siap empat bulan lalu dan turut dijadikan tempat memproses baja dari najis lembu dan penternakan cacing.

Menurutnya, bencana itu mengakibatkan diri terpaksa menanggung kerugian besar kerana hanya yang tinggal adalah tapak dan tangan konkrit.

“Buat sementara waktu, 250 lembu terpaksa berhimpit dalam satu kandang sementara saya berusaha mendapatkan bantuan kewangan.

“Saya menceburi bidang ternakan lembu ini sejak dua tahun lalu dengan bermodalkan pinjaman Skim Usahawan Felda (SUF),” katanya.

Ahmad berkata, dia menerima ujian Yang Maha Esa dengan hati terbuka, namun berbesar hati mendapatkan perhatian pemimpin setempat bagi meringankan bebannya.

Friday, September 19, 2008

The History of Kobe Beef in Japan

By John W. Longworth


Eating meat from four legged animals was prohibited in Japan for more than a thousand years prior to 1868. This ban was especially strict during the Edo Period (1603-1867). Buddhist influences were primarily responsible for this dietary restriction, but other cultural factors and the need to protect draught animals in times of famine may have reinforced the taboo. After the Meiji Restoration in 1868, the new leaders of Japan wanted, among other things, to reduce traditional social barriers and to encourage the adoption of beneficial Western habits. There may also have been a desire to weaken the power of the Buddhists. Lifting the ban on the eating of meat was a small step towards these objectives. Nevertheless, it must have astounded the nobility of the day to see the young Emperor Meiji eating beef.
Meiji (1852-1912), emperor of Japan (1867-1912), born Prince Mutsuhito and the 122nd emperor in the traditional count, whose accession to the throne marked the beginning of a national revolution known as the Meiji Restoration.

Despite the formal rescinding of the prohibition against the eating of meat in the late 1860’s, the consumption of meat remained extremely low for another century. Until very recent times meat (niku in Japanese) usually meant pork in eastern Japan (roughly from Tokyo to Hokkaido) and beef in western Japan (from Nagoya/Osaka to Kyushu). Historically, and even today, the people of the Kinki Region (Kyoto, Kobe, and Osaka) have been the heaviest beef eaters.

For millennia the people of Japan lived on a diet of rice, vegetables, and seafood eaten with hashi (chopsticks). Although the meat taboo was removed over a hundred years earlier, by 1980 the average Japanese ate only 5.1 kg of beef (carcass weight basis). In some Western countries, where income levels are comparable with those in Japan, the average person commonly devours ten times this quantity each year. Although the younger generation has grown up with Western cuisine, knife and fork, most Japanese still enjoy beef best when it is prepared as very thin slices, cooked in the traditional manner and eaten with hashi.

From about 1955 onwards, the mechanization of rice cultivation led to an increase in the availability of beef, as large numbers of draught cattle were fattened and slaughtered. At the same time the rapid economic growth, which started with the Korean War boom, was gaining momentum. People could afford the luxury of meat more often.

Wagyu in Cows in Matsusaka are bought in Tajima (Hyogo), Shimane and Shikoku. There is no breeding in Matsusaka.

The Origins of Kobe Beef

The creation of genuine Kobe (or Matsuzaka or Omi) beef is a mystical folk art which may have been practiced as an underground cult before 1868. Some sources claim that certain daimyo and even some shoguns enjoyed especially fattened beef from Hihone hab (now Shiga Prefecture, the home of Omi beef). Most Japanese believe, however, that the art of producing Omi, Matusaka, or Kobe beef cannot be traced back to feudal times.

Kobe beef traditionally comes from Wagyu cattle. Wa” is a very old Japanese language term for Japan, or things Japanese, and one of the meanings of “gyu” is beef, with an “on the hoof” connotation. There are four commercial breeds of Wagyu:

Name of modern breed

Region and prefecture in which the breed developed

European breeds crossed with native cattle

% of national beef breed herd (1981)

Japanese Black

Kinki – Kyoto

Brown Swiss

87%

Kinki – Hyogo

Shorthorn, Devon, Brown Swiss

Chugoku – Okayama

Shorthorn, Devon

Chugoku -Hiroshima

Simmental, Brown Swiss, Shorthorn, Ayrshire

Chugoku – Tottori

Brown Swiss, Shorthorn

Chugoku – Shimene

Devon, Brown Swiss, Simmental, Ayrshire

Chugoku - Yamaguchi

Devon, Ayrshire, Brown Swiss

Shikoku – Ehime

Shorthorn

Kyushu – Oita

Brown Swiss, Simmental

Kyushu -Kagoshima

Brown Swiss, Devon, Holstein

Japanese Brown

Shikoku – Kochi

Simmental, Korean Cattle

9%

Kyushu - Kumamoto

Simmental, Korean Cattle, Devon

Japanese Poll

Chugoku – Yamaguchi

Aberdeen Angus

<>

Japanese Shorthorn

Tohoku – Aomori

Shorthorn, Dairy Shorthorn

Tohoku – Iwate

Shorthorn, Dairy Shorthorn

Tohoku – Akita

Shorthorn, Devon, Ayrshire

Source: Derived from Kiyoshi Namikawa, “Animal Genetic Resources in Japan,” in S. Barker (ed.). Proceedings of the SABRAO Workshop on Animal Genetic Resources in Asia and Oceania. NEKKEN SHIRYO No. 47, Tropical Agricultural Research Centre, MAFF, Japan.

These four breeds are now considered indigenous to Japan, but are not genuinely native cattle. There are two isolated populations of native cattle in existence. The Mishima wild cattle on Mishima Island (located in the Sea of Japan off Yamaguchi Prefecture) have never been crossed with modern European breeds. While they represent a genuine genetic curiosity, as of 1983 there were fewer than 40 head. The second, and more numerous, are a group of wild cattle on Kuchinoshima Island south-west of Kagoshima Prefecture. The progenitors of both the Mishima and Kuchinoshima cattle were probably brought to Japan by the ancestors of the modern Japanese people more than 2,000 years ago. Biochemical and genetic tests indicate that the native cattle are more closely related to the cattle of Northern Europe and Scandanavia than they are to the cattle indigenous to Taiwan, the Philippines, and other South East Asian Countries.

The four modern Japanese breeds are the result of a substantial infusion of European blood during the Meiji Era, together with a government-sponsored selection programme initiated in 1919. For several decades prior to 1910, there was a great interest in importing European breeds to cross with native cattle. The basic aim was to improve the native strains for draught purposes, but better meat production was also a consideration. Exotic breeds were extremely popular and the price of pure-bred and cross-bred exotic animals often reached unreasonable levels, until the bubble burst in 1910. After this date, the importation of European breeds went out of fashion.

After World War I, the Japanese Government decided to encourage the selection and registration of cattle exhibiting superior traits of both native and foreign types. There was a considerable gene pool to draw upon, as a wide range of European blood had been introduced to Japan. This variation, together with the original differences among the native cattle, permitted selection according to different criteria in various parts of the country. After World War II, the National Government moved to rationalize the registration process and formally recognized three major Wagyu types or breeds: Japanese Black, Japanese Brown, and Japanese Poll. The National Wagyu Cattle Registration Association was established in 1948.

The Japanese Black breed included several fairly distinct types, and this is still the case today (e.g. Tottori, Tajima, and Hiroshima strains). The Japanese Shorthorn was not formally established until 1957.

After careful selection and breeding over the last five decades, there are slight differences in the concept of the “true type” for each breed, but many similarities. All four breeds have been selected for beef production alone for more than forty years. In all four breeds the aim is to produce a medium-sized, beef-type animal. All of the breeds are humpless but the bulls tend to develop a marked crest. While the ideal mature body weight and height at the withers differ marginally between the four breeds, the targets for the Japanese Black are typical:

Male

Female

Body weight (kg)

940

560

Wither height (cm)

142

128

While it is hard to generalize, two traits of the Japanese Black often cited as disadvantageous are their narrow pin bones and their relatively poor milking capacity. The narrow pin bones create calving difficulties if the cows are crossed with bulls of the large-framed European breeds (such as Holstein or Charolais). The poor milking ability increases the costs of raising feeder calves since the calves often need artificial supplements.

On the other hand, the Japanese Blacks (in particular the Tajima strain) are noted for their capacity to produce beef with a high degree of fat marbling (or sashi). It is this characteristic more than any other which accounts for the steady increase in the popularity of the Japanese Black breed.

According to the website of the California BBQ Association, "In order to protect its domestic beef industry, the Japanese government imposed strict laws that prohibited the export of any living Japanese Wagyu cattle. However, in 1976, four Wagyu animals were imported into the U.S.: two Tottori Black Wagyu and two Kumamoto Red Wagyu bulls. Then in 1993, two male and three female Tajima cattle were imported, and 35 male and female cattle (consisting of both red and black Wagyu) were imported in 1994.

"Most Kobe Beef today is bred and raised in California and Australia. For example, Harris Ranch in California is contracted with beef producers in Kobe to breed and raise their cattle in California, where land and grain is relatively inexpensive. The cattle is raised and fed under the exacting specifications for Kobe Beef. When the cattle is almost ready for slaughter, it is shipped to Kobe, Japan, where its feeding is completed, and the cattle is slaughtered."



From Beef in Japan by Prof. John W. Longworth, University of Queensland Press, 1983. This book is currently out-of-print, and this information is used here with the kind permission of Prof. Longworth.

If any of this information has changed in the past 21 or so years, we would greatly appreciate it if you would please e-mail us. We will gladly update this information.

Photographs for Lucies Farm by Kjeld Duits.

Friday, September 12, 2008

Daging harga rendah dikhuatiri berpenyakit

KOTA BHARU 7 Sept. - Jabatan Perkhidmatan Vaterinar negeri menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika ditawarkan harga daging lembu yang rendah kerana dikhuatiri ia haiwan seludup dan berpenyakit.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan tidak menolak kemungkinan banyak daging ternakan itu di dalam pasaran dan bersaing dengan daging tempatan ketika permintaan terhadap bekalan terus melonjak.

''Kita tidak menjamin daging tersebut bebas daripada sebarang penyakit yang besar kemungkinan mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, pihaknya merampas 2,612 ekor lembu dan kerbau bernilai RM344,000 yang diseludup dari negara jiran melibatkan 152 kes.

Beliau memberi jaminan bekalan daging menjelang Hari Raya mencukupi dan orang ramai tidak harus bimbang sehingga terdorong untuk membeli daging ternakan yang diseludup.

''Selain bekalan tempatan, ia juga ditampung dengan kemasukan daging import dan boleh didapati dengan mudah dan harga berpatutan," katanya

Tambahnya, sebanyak 3,000 ekor lembu dan kerbau dari ladang-ladang tradisional dan fidlot di negeri ini disediakan untuk membekalkan 360 tan metrik daging segar.

Selain dari itu katanya, 30 tan metrik daging beku dari India telah diimport untuk menampung bekalan. Bekalan kambing dan biri-biri baka kacukan tempatan hidup juga disediakan sebanyak 500 ekor yang akan menghasilkan 60 tan metrik daging segar.

''Keperluan daging ayam pula sebanyak 4,000 tan metrik dijangka dipenuhi dengan bekalan ayam sembelihan sebanyak 2.6 juta ekor ayam sebulan dari bekalan termasuk dari negeri lain.

''Telur ayam dan itik pula boleh dibeli dengan mudah di pasaran dengan bekalan melebihi 5.2 juta biji sepanjang bulan ini," katanya.

Mengenai harga beliau berkata, dengan bekalan yang mencukupi, harga daging dan telur dijangka stabil apatah lagi sebahagian daripada komoditi tersebut telah disenarai sebagai barangan kawalan.

''Daging lembu sembelihan tempatan pada harga RM15 sekilogram, daging kerbau import (beku dari India) RM8 sekilogram manakala daging kambing sembelihan tempatan berharga RM18 sekilogram,'' ujarnya.

Katanya, harga ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal), RM6 sekilogram, telur ayam gred A, 30 sen sebiji dan telur itik masin berharga 75 sen sebiji.

(Petikan dari Utusan )

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails