Friday, September 10, 2021

CARA UNTUK LEBATKAN BUAH



Gambar hiasan


Mari kita berkongsi nikmat Allah yang maha pemurah, cara supaya pokok berbuah lebat. Buah sememangnya pemberian dari Allah swt, banyak manakah yang dia berikan? memang banyak pada asalnya, tetapi dia serahkan pada kita untuk usaha dan fikirkan bagaimana untuk mendapatkannya.


Ya, memang dia telah memberi dalam jumlah yang sangat banyak namun adakah kita bersyukur? jika kita bersyukur maka nikmat itu ditambah lagi. Baiklah mari kita fikirkan, pertama sekali untuk mendapatkan pokok yang berbuah lebat mestilah mengikut disiplin alam yang telah digariskan, sepohon pokok yang akan berbuah lebat apabila syarat-syaratnya mencukupi. 1. Pokok telah matang 2. Hidup subur sejak awal 3. cukup zat dan keperluannya. Maka dia akan berbunga lebat.





Tetapi disini, tetap ada ruang yang perlu diisi dengan usaha. Apabila kita berusaha inilah buktinya kita bersyukur. Sepertimana dihuraikan diatas tadi, syarat asas perlu ada, kemudian kita perlu faham bagaimana proses pokok akan mula berbunga. Ya, pokok akan mula berbunga apabila mengalami cuaca kering iaitu musim panas, apabila musim panas pokok kehausan dan kepanasan lalu meluruhkan daun dalam jumlah yang banyak. Sehingga tinggal ranting-ranting. Apabila daun berkurang, zat akan terkumpul dalam batang. Kebiasaannya di Malaysia musim panas akan berlaku pada bulan february hingga march(kemuncak musim panas), waktu ini pokok akan meluruhkan daun, kemudian selepas itu apabila musin panas berakhir diikuti ada hujan yang turun, waktu ini pokok akan mengeluarkan bunga. Ini dipanggil musim bunga iaitu sekitar bulan April.

Waktu inilah kita perlu berusaha bagimana pokok akan menghasilkan buah sebanyak bunganya. Bagaimana caranya, ok teruskan membaca. Cuba anda perhatikan pokok itu mengeluarkan bunga adakah banyak? Ya sebanyak itulah pemberiannya. Setiap bunga yang keluar kita usahakan supaya semuanya menjadi buah.


Disini kita perlu fikirkan dan fahamkan bagaimana proses dari bunga menjadi buah? ya, satu syarat proses perlu ada iaitu stigma mendapat debunga. Lihat gambarajah



Walaupun jarak diantara debunga dan stigma berdekatan tetapi ia sebenarnya tidak bersentuh, oleh itu diperlukan khidmat serangga atau angin untuk melakukan proses ini, apabila serangga mahu menghisap madu ia akan melalui debunga, debunga akan melekat pada badan serangga, kemudian serangga akan mencari stigma lalu menghisap madu, jika sekiranya debunga yang ada pada anggota serangga terkena pada stigma, debunga tersebut akan melekat. Disinilah yang dikatakan proses pendebungaan iaitu stigma mendapat debunga. Apabila proses ini terjadi maka bunga akan menjadi buah. Jika stigma tidak mendapat debunga. Stigma akan layu hampa dan jatuh ketanah. Tempoh layu stigma biasanya dalam anggaran 12-24 jam sahaja. Hanya itu sahaja tempoh yang ada.


Gambar hiasan - lebah membawa debunga

Jika sekiranya tidak ada serangga atau angin, tiada proses. Kebiasannya jumlah serangga tidak banyak, tidak mencukupi untuk semua stigma mendapat debunga, sebab itu kita perlu bantu. Caranya, temukan setangkai bunga dengan tangkai bunga yang lain, tepuk-tepuk sedikit agar debunga berterbangan dan melekat pada stigma. Di separuh negara debunga akan dikumpul dan dicampur dengan tepung lalu disembur menggunakan mesin untuk pokok yang tinggi.

Selepas itu, dalam tempoh 24 jam debunga yang melekat pada stigma akan meresap masuk melalui benang sari seterusnya masuk ke ovum. Maka ia selamat dan dengan izinnya akan menjadi buah.

Walaubagaimanapun, sebelum tempoh benang sari berjaya menghisap debunga... tiba-tiba terjadi hujan. Maka debunga yang melekat pada stigma akan jatuh dibawa air. Proses terbatal.
Untuk mengelakan perkara ini kita perlu lindungkan bunga dari terkena hujan dengan menggunakan plastik bag atau lain-lain. Inilah disebut usaha atau kerja.

Jika proses pendebungaan berjaya pada setiap bunga, maka kesemuanya insyaallah akan menjadi buah :) Selamat mencuba!!

Nota: Pada tahun 2016 dan 2017 dimalaysia tiada musim kemarau akibat fenomena LaNina, kita dapati pada tuhun tersebut tiada musim buah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Monday, September 6, 2021

Tanaman asam Gelugor @ Asam keping

 Pokok asam gelugur adalah pokok saka berkayu yang tinggi dan besar apatah lagi sekiranya ditanam dengan biji benih. Walau bagaimana pun, pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui kaedah cantuman baji agak kurang membesar dan rimbun serta cepat mengeluarkan hasil. Sebahagian pokok asam gelugur yang ditanam melalui biji benih tidak akan mengeluarkan hasil sekiranya menjadi pokok jantan.


Hasil utama tanaman asam gelugur ialah buahnya yang dijadikan asam keping. Buah asam gelugur matang berasa sangat masam dan sesuai dijadikan perasa masam makanan menggantikan asam jawa.
Buah matang asam gelugur dihiris nipis-nipis dan dijemur selama sepuluh hari sehingga kering menjadi asam keping. Asam keping digunakan sebagai perasa masakan melayu seperti masak asam pedas, masak lemak cili api dan masak singgang. Ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.

Pucuk muda asam gelugur boleh dijadikan ulaman sama ada dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi kerabu dan nasi ulam.


Sebiji buah asam gelugur matang.


Anak benih pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui cantuman baji.


Setangkai bunga asam gelugur.



Bunga asam gelugur akan membentuk putik buah.


Buah asam gelugur muda.


Sebiji lagi.


Buah asam gelugur muda yang gugur ke tanah.



Digugurkan oleh monyet tetapi tidak memakannya kerana
rasanya terlalu masam.


Buah asam gelugur matang yang sesuai dituai untuk dijadikan 
asam keping.


Inilah asam keping.
Hasil daripada buah asam gelugur yang dikeringkan.


Harga runcit asam keping melebihi RM22.00 sekg


Daun pokok asam gelugur.
Pucuk mudanya boleh dijadikan ulaman.


Sepohon asam gelugur dewasa yang sentiasa mengeluarkan bunga
dan buah. Buahnya tidak bermusim dan dihasilkan sepanjang tahun.

Daun, bunga dan buah asam gelugur mempunyai nilai herba yang boleh digunakan sebagi bahan perawatan alternatif pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria.
Ia juga boleh digunakan untuk perawatan penyakit kencing manis, menurunkan darah tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal nafsu makan dan masalah jantung dan bertindak sebagai antioksidan. Manakala jus minuman asam gelugur boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Waulahualam.

Harga RM2,000 Sekilogram, Wartawan Ini Nekad Berhenti Kerja, Tanam Pokok Vanilla Di Temerloh, Pahang

 


VANILLA (Vanilla fragrans) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang dipercayai berasal dari Amerika Tengah, Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia.


Negara jiran kita iaitu Indonesia adalah pengeluar terbesar Vanilla di dunia. Di Malaysia, tanaman Vanilla ini amat jarang kita dengar, malah di tempat kelahiran saya, Sabah juga belum ada pekebun yang menanam tanaman ini.Seorang pengusaha tanaman Vanilla, Mohamad Feisal Mohamad Norawi yang juga seorang bekas wartawan kini beralih kepada tanaman Vanilla kerana beliau mendapati produk ini boleh menjana pulangan lumayan.

Katanya harga sekilogram minyak Vanilla mencecah RM2,000, antara pembeli produk Vanilla beliau ialah dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman, menurut laporan Utusan.

Vanilla banyak digunakan dalam produk kosmetik, makanan dan juga dalam bidang perubatan. Ice cram perisa vanilla antara pencuci mulut kegemaran saya.

Secara purata, Zamrus Zakaria kongsikan anggaran pendapatan untuk tanaman Vanilla dalam 1 hekar/ekar.

A. Tanaman
1. 2000 pokok vanilla boleh ditanam setiap 1 hektar (2.5 ekar) atau 800 pokok vanilla satu ekar.

B. Produktiviti
1. Setiap pokok vanilla yg sihat, subur boleh hasilkan 50 - 100 kacang vanilla setahun (40,000 - 80,000 kacang satu ekar/setahun)

2. 1kg = 250 kekacang vanilla.

3. 1 ekar = 160kg - 320kg setahun (RM320k - RM640k setahun jika harga RM2,000/kg)
atau
13.33kg - 26.67kg sebulan setiap ekar (RM26,666 - RM53,333 sebulan jika harga RM2,000/kg)

C. Harga
1. Harga pengguna (gred A) : USD$800/kg atau USD$3/satu kacang (pjg secara kasar 14cm)
Jika negara jiran kita boleh menjana pendapatan lumayan dari pokok Vanilla, kenapa Malaysia tidak boleh? saya rasa tanaman ini amat berpotensi tinggi jika di tanam di Malaysia seperti durian Musang King.

Kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Mohd Feisal yang beralamat di Lot 2231 kg bangau parit, Temerloh atau menghubungi talian di 018-913 2774 , Page fb Vanilla Temerloh.


Sumber: Amin Agro









Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails