GOPENG 5 Mac - RISDA akan melaksanakan siri jelajah untuk memberi
penerangan kepada para pekebun kecil mengenai Kempen Penggunaan Bahan
Rangsangan Lateks Peringkat Nasional yang dilancarkan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Dato' Yusoff Dohab berkata, langkah itu wajar bagi membolehkan
para pekebun kecil memahami manfaat hasil penggunaan bahan tersebut
dalam meningkatkan hasil keluaran mereka.
"RISDA termasuk dari segi pengurusan dan pegawai-pegawainya telah
membuat beberapa dasar untuk aspek pelaksanaan dengan meningkatkan
pendapatan pekebun kecil.
"Penggunaan bahan rangsangan lateks ini adalah salah satu
daripadanya. Oleh itu, kita perlu memberi penjelasan kepada mereka
bahawa bahan ini mampu memberi manfaat besar dari aspek daya pengeluaran
mereka," katanya selepas menghadiri majlis pertemuan dengan warga RISDA
Zon Utara di sini hari ini.
Insentif yang dilaksanakan oleh RISDA itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 pekebun kecil di seluruh negara.
Menurut Yusoff berkata, walaupun penggunaan bahan rangsangan itu
terbukti mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran, bilangan pekebun
kecil yang menggunakan bahan tersebut masih sedikit kerana belum yakin
dengan penggunaannya.
''Saya difahamkan RISDA mengisytiharkan jihad produktiviti kepada
semua warga RISDA pada tahun ini agar matlamat hasil getah sebanyak
1,600 kilogram sehektar setahun dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment