Sunday, April 19, 2009

Baitulmal Perlis Ceburi Tanaman Serai

KANGAR, 1 April (Benama) -- Baitulmal Perlis kini berkecimpung dalam bidang penanaman serai wangi Paha Ayam atau nama saintifiknya "Cymbopogon citratus" di kawasan seluas 7.5 hektar di Kubang Perun dekat sini bagi menghasilkan bahan untuk membuat kosmetik.

Projek ini disertai 25 penduduk miskin yang diramal dapat menikmati hasil tuaian pertama Jun ini dan memperolehi pendapatan bersih kira-kira RM7,300 setiap seorang.

"Projek ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, mahu Baitulmal melaksanakan projek ini bagi membantu meningkatkan pendapat golongan miskin yang menyertainya," kata Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad.

Beliau berkata Baitulmal telah membelanjakan sebanyak RM230,000 sebagai modal asas bagi memulakan projek tersebut pada 17 Nov 2008 dengan syarikat ByNet Marketing Sdn Bhd bersedia membeli serai-serai itu melalui kontrak perladangan.

Raja Muda yang melawat projek itu hari ini menasihati para peserta supaya bersungguh-sungguh melaksanakan projek itu bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Titah baginda, projek berkenaan adalah sebagai kail yang telah diberikan kepada mereka untuk terus memancing dan mendapat ikan dan berharap ia menjadi projek yang menguntungkan secara berpanjangan.

Ketua projek, Md Nor Dar, 54, yakin tanaman serai wangi tersebut akan meningkatkan pendapatan para peserta.

Pengarah Urusan ByNet Marketing, Ahmad Fauzi Osman berkata, serai paha ayam mendapat permintaan tinggi di negara ini.

Katanya syarikat itu kini membeli serai yang dikeluarkan di negeri ini dan Kedah untuk diproses dijadikan benih, minyak dan serbuk.

-- BERNAMA

15 Hektar Pokok Jarak Ditanam Sebagai Projek R&D

SETIU, 27 Mac (Bernama)-- Lembaga Tembakau Negara (LTN) negeri Terengganu telah mengusahakan tanah seluas 15 hektar bagi projek percubaan tanaman pokok jarak pagar (Jatropha Curcas) bertempat di Taman Industri Tani Terengganu (TITT) di Rhu Tapai, Merang dekat sini.

Pengarah LTN Terengganu/Pahang Mohd Fakri Mohd Noor berkata, projek tersebut dimulakan pada 2006 dan 2007 dengan percubaan di atas tanah seluas lima hektar di bawah program penyelidikan dan pembangunan (R&D) LTN.

"Bagi peringkat pertama LTN cuba menanam sebanyak 3,000 pokok manakala bagi peringkat kedua sebanyak 13,570 pokok antaranya untuk mengetahui kesesuaian tanaman itu di atas tanah bris dengan menggunakan kaedah penanaman bijih benih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika membuat lawatan bersama beberapa pegawai LTN ke ladang pokok jarak pagar dan jarak api (Jatropha Gossyfilpolia) di TITT Rhu Tapai dekat sini hari ini yang didapati hidup subur dan sesuai untuk memaksimumkan penggunaan tanah bris yang terbiar di kawasan berkenaan.

Mohd Fakri berkata, pada 2008 dan 2009 seluas 10 hektar lagi pokok jarak berskala besar, ditanam menggunakan keratan di mana kajian menunjukkan semaian keratan pada batang lebih ekonomik kerana tidak memerlukan rumah semaian.

Beliau berkata, pada Januari lalu, pihaknya cuba menanam 100 pokok jarak pagar dan jarak api secara bersilang (hibrid asal) untuk menghasilkan satu varieti baru yang mempunyai buah yang lebih besar.

"Penanaman pokok jarak pagar dan jarak api secara bersilang dilakukan untuk menghasilkan saiz buah yang lebih besar bagi meningkatkan kadar perahan minyak sehingga 35 peratus berbanding hanya 33 peratus perahan minyak bagi setiap biji pada masa kini," katanya.

Mohd Fakri berkata, pokok jarak bukan lagi sekadar tumbuhan biasa yang ditanam untuk mencantikkan kawasan, tetapi pokok tumbuhan liar itu menghasilkan penemuan yang mempunyai nilai tinggi sebagai bahan api bio atau biofuel.

Selain menghasilkan biodisesel, katanya, pokok liar yang tumbuh melata itu yang mempunyai ketinggian satu hingga tujuh meter, juga boleh menghasilkan baja organik, bahan membuat sabun, kosmetik dan ubatan-ubatan.

Beliau berkata setelah penanaman percubaan dan segala kajian dibuat menunjukkan hasil yang baik, seramai 93 petani di bawah projek pembangunan rakyat termiskin (PPRT) di sini akan menyertai projek penanamannya secara besar-besaran bagi meningkatkan pendapatan sara hidup mereka.

-- BERNAMA

Pelancaran Sistem Daya Jejak Ternakan (RFID)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed melancarkan Sistem Daya Jejak Ternakan (RFID) di PTH Pantai Timur, Tanah Merah, Kelantan pada 4 April lepas. Seramai 400 pengunjung menghadiri majlis tersebut. Dalam ucapan beliau, jaminan keselamatan makanan akan jauh lebih tinggi apabila sistem ini dilaksanakan kelak kerana pemantauan, kawalan dan pengurusan data ternakan dari Ladang ke Meja (From Farm to Table) akan menjadi lebih terkawal dan efisien. Sistem Dayajejak ini adalah berteraskan kepada traceability dan verifiability yang mampu memberi semua maklumat ternakan termasuk kawalan dan pembasmian penyakit. Aktiviti demonstrasi pemasangan RFID juga berlangsung untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutama pada para penternak di negara ini mengenai kaedah dan fungsi sistem ini.

Projek Pisang Felcra Teluk Yu Berjaya Jana Pendapat Petani


LANGKAWI, 20 Mac (Bernama) -- Projek tanaman pisang berangan di Felcra Teluk Yu, Ayer Hangat di sini berjaya menjana pendapatan antara RM300 hingga RM500 seminggu kepada para pesertanya. Projek seluas 39 hektar itu ditanam dengan 18,000 pokok pisang yang dimulakan sejak 2006, dengan diusahakan oleh para peserta Koperasi Rancangan Felcra Langkawi Berhad.

"Setiap peserta menanam antara 500 hingga 1,000 pokok pisang yang hasilnya dipasarkan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Pisang-pisang kami ini dapatat dipasarkan sehingga ke Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan serta pasar tani dan gerai buah-buahan di seluruh negara," kata Ketua Projek, Yum Othman.

Buat pertama kali juga, seorang peserta projek itu berjaya menghasilkan setandan pisang seberat 40 kilogram, berbanding kebiasaan antara 25 hingga 30 kilogram setandan. Ismail Ahmad, 72, tidak menjangka dapat mengeluarkan pisang seberat itu.

"Saya bersyukur dan berharap saya akan dapat menghasilkan pisang yang lebih banyak seperti ini.

"Rahsia kejayaan menghasilkan buah seberat itu adalah melalui penjagaan rapi serta penggunaan baja yang mencukupi," katanya. -- BERNAMA

Friday, April 17, 2009

Napier IKN091 Boleh Ganti DEDAK - % Protein & Hasil Tinggi


KADAR PERTUMBUHAN NAPIER INDIA/ HARI.

UMUR POKOK

GAMBAR

CATITAN

1 hari

100 ruas benih napier india IKN 091 perlu disimpan dalam guni lembab bagi memastikan keluar mata tunas baru

Anak benih yang sudah dipotong & disemai baru mengeluarkan mata tunas

Hari 3

Semaian benih perlu dilakukan bagi memastikan peratus hidup setiap pokok adalah tinggi apabila ditanam di dalam tanah. Hari ke 3 mata tunas mula keluar.

4 hari

Mata tunas yang berumur 4 hari.

6 hari

Mata tunas yang sedia untuk ditanam. Saiz pangkal batang lebih kurang batang pensil.

1 minggu

Napier india IKN 091 yang sudah ditanam didalam tanah. Siraman cukup perlu diberikan. Pembajaan hanya dengan 150g baja khas.

2 minggu

Napier india IKN 091 cepat membesar dengan mengunakan baja khas dan air yang cukup.

3 minggu

Napier IKN 091 mula mengeluarkan 4 mata tunas pada minggu ke 3.

4 mata tunas. Klik pada gambar untuk besar & kira sendiri.

2 bulan +

Ketinggian sudah melebihi 5 kaki. 1 batang napier India mampu mencapai berat 1kg. Pembajaan 150g lagi perlu sebelum harvest.

Setiap ruas/ benih akan mengeluarkan minimum 13 hingga 20 mata tunas baru. Berbanding napier taiwan antara 4-7 mata tunas sahaja. Bandingkan saiz pangkal batang dengan saiz business card.

Saiz batang yang besar, dibandingkan dengan saiz business card.

Daun hijau pekat dan melebar menandakan ia tinggi kandungan protein dan subur. Sedia untuk dijadikan makanan ternakan. Protein 16-20% berbanding napier taiwan hanya

CATITAN: Pada umur 45 hari pokok rumput Napier IKN 091 sudah boleh dipotong untuk dijadikan makanan ternakan. Peratus protein adalah pada tahap optimum pada hari yang ke 45. Bagi penghasilan benih, pokok perlu ditanam selama 4 bulan.

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails