Tuesday, January 25, 2022

Rumput minyak jadi pilihan penternak

|Rumput minyak kini menjadi pilihan penternak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakan bagi menjimatkan kos pengurusan berikutan kenaikan harga dedak dan palet haiwan sejak kebelakangan ini. - Foto Bernama

TANAH MERAH - Rumput minyak kini menjadi pilihan penternak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakan bagi menjimatkan kos pengurusan berikutan kenaikan harga dedak dan palet haiwan sejak kebelakangan ini.

Rata-rata penternak berskala kecil di sini memilih untuk menanam sendiri tumbuhan itu, kerana mendakwa harga dedak dan palet naik RM3 hingga RM10 bergantung kepada jenisnya, sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Ketika ditemui Bernama, seorang penternak kecil-kecilan Abdullah Mat Nuh, 76, berkata, beliau memilih untuk menanam rumput minyak di tanah seluas suku ekar di kediamannya di Manal dekat sini bermula awal tahun ini.


“Ini memandangkan harga dedak naik dan membebankan sehingga saya terpaksa mengeluarkan RM1,000 sebulan bagi membeli dedak dan palet yang kini dijual pada harga RM45 hingga RM60 bagi setiap 50 kilogram (kg) berbanding sebelum ini hanya RM40 hingga RM50 bagi setiap 50 kilogram,” katanya.

Namun, sejak Abdullah mula menanam rumput minyak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakannya, ia telah mengurangkan RM500 daripada kos bulanannya.


“Ditambah pula ketika ini di kawasan rumah saya susah untuk mendapatkan bekalan rumput kerana terletak berdekatan sawah padi, kerana itu saya melakukan inisiatif ini. Malah, tanam rumput minyak ini jimat kos dan untuk menjaganya tidak susah,” katanya yang menternak enam ekor lembu dan 10 ekor biri-biri itu.


Turut melakukan usaha yang sama, Muhammad Nor Hanis Harun, 30, yang menjadikan rumput minyak menjadi pilihannya bagi mendapat bekalan sumber makanan berterusan serta mencukupi kepada haiwan ternakannya, malah kosnya lebih murah berbanding membeli palet atau dedak dalam pengurusan ternakan.

“Ia menjimatkan kos saya untuk menyediakan sumber makanan kepada empat ekor lembu dan dua ekor kuda, yang mana sebelum ini saya memerlukan RM800 sebulan dan dengan keadah ini saya mampu menjimatkan kos RM400,” luahnya.

Beliau berkata, pada peringkat permulaan penanaman rumput minyak yang menggunakan biji benih atau keratan akar rumput tua perlu ditanam permukaan tanah yang dibajak, kemudian boleh dituai setelah berusia satu hingga dua bulan dengan ketinggian lebih 38 sentimeter (cm) hingga 50cm.

“Tuaian boleh dilakukan sebanyak lima sehingga tujuh kali setahun, bergantung kepada keluasan (tanaman) dan rumput minyak ini sesuai untuk makanan kepada haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau, rusa serta lain-lain ternakan yang makan rumput,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160052/EDISI/Rumput-minyak-jadi-pilihan-penternak


Wednesday, September 29, 2021

FERTIGASI

 Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan. Menggunakan media tanaman saperti sekam padi,cocopeat atau camporan kedua nya. Nutrient atau baja cecair di alirkan ke pokok melalui saluran pengairan yang diukur dengan sukatan masa tertentu mengikut pembesaran pokok.

Kelebihan Sistem Fertigasi

    # Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok 
    # Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 
    # Mengatasi masalah bawaan tanah   
    # Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik 
    # Penggunaan baja yang cekap dan jimat
    # Mengurangkan penggunaan racun
    # Modal pusingan yang rendah
    # Meningkatkan hasil pengeluaran  
    # Masalah merumpai sangat rendah      


Kelemehan Sistem Fertigasi
 

     # Modal yang tinggi bagi memulakan projek
    # Memerlukan kemahiran
    # Keroskan sistem membawa kerugian
       

Siput Gergasi Jadi Ternakan Terbaharu Di Thailand

 

Ladang menternak siput gergasi kini semakin berkembang di wilayah Nakhon Nayok, Thailand dengan ketika ini, terdapat lebih daripada 80 ladang ternakan siput gergasi atau siput babi.

Ini kerana, memiliki seribu ekor siput gergasi dapat menjana pendapatan tambahan antara 320 hingga 650 dolar Amerika setiap bulan.Jika dahulu, siput yang banyak banyak berkeliaran di ladang dan sawah padi ini, adalah antara musuh utama petani.

Mereka biasa membuang siput ke jalan raya supaya dilanggar kenderaan dan ada juga membaling siput ke dalam sungai bagi mengurangkan populasinya.

Hasil penyelidikan kosmetik, lendir siput gergasi ini didapati lebih berharga daripada emas kerana kaya dengan kolagen.Siput yang diternak diberi makanan organik supaya menghasilkan lendir berkualiti tinggi.Kajian mendapati, pasaran kosmetik melibatkan siput global mencecah 314 juta dolar.

Daun kesum & khasiatnya yang tidak kita ketahui

 

Daun kesum, penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau dijadikan ulam.

Kuala Lumpur: Siapa yang tidak kenal dengan daun kesum. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam.

Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.

Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat anti mikrob.

Minyak wangi

Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.

Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran.

Kajian mendapati kandungan bahan ‘aliphatic aldehyde’ ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu.

Kandungan bahan decanal dan dodecanal yang terdapat dalam ‘aliphatic aldehyde’ boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan.

Dalam perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiatnya ialah:

Khasiat Daun Kesum

  • Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut.
  • Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala.
  • Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
  • Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin.
  • Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.
  • Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
  • Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita.
  • Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda.

Tuesday, September 21, 2021

Tips Untuk Menjadi Petani Berjaya

 Sekiranya anda mahu menjadi seorang petani atau usahawan tani berjaya perlu ada ciri-ciri seperti berikut.

1. Minat dan Bersikap Positif

Minat kepada pertanian adalah kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.

Bagaimanapun, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.

Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan ya!

2. Perancangan Teliti

Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek seperti berikut:

Tanah
Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek yang ada ingin jalankan.

Jika anda tidak mempunyai tanah yang luas anda boleh menggunakan teknik tanaman hidroponik dan bekas terbuang contohnya. Yang penting anda perlu kreatif dan inovatif.

Modal
Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam dari saudara mara atau pun daripada institusi bank. Aliran untung rugi tanaman juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.

Khidmat nasihat
Bakal petani perlu mendapatkan maklumat mengenai sesuatu projek pertanian yang diminati melalui pelbagai sumber seperti internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka.

Kalau anda ada wang yang banyak apa salahnya pergi ke negara maju dalam pertanian dan belajar dari mereka di sana! Selain itu, para petani perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain di dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.

3. Peka Terhadap Teknologi

Petani berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional atau cara lama. Petani perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pertanian.

Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.

Teknologi benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI. Petani juga boleh menggunakan pelbagai teknologi kejenteraan selain pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam pertanian untuk memaksimumkan pendapatan mereka.

4. Mendapatkan Persijilan SALM dan SOM

Para petani yang ingin berjaya juga perlu berusaha untuk mendapatkan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu meluaskan pasaran mereka. Antaranya seperti:

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ( SALM ) merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk member Pengikhtirafan kepada Pengusaha yang mengamalkan Amalan Ladang yang Baik ( APB ) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agricltural Practies ( GAP )

Skim Organik Malaysia ( SOM ) adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengikhtiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia ( SOM ) , Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production , Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

5. Mengkaji Pasaran

Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.

6. Berdaya Saing

Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan pertanian kita. Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut para petani bagi mengembangkan lagi perniagaan anda.

Anda boleh layari laman rasmi jabatan pertanian melalui link ini: http://www.doa.gov.my, http://agri.pahang.gov.my/

kredit to https://rentas.asia/tips-untuk-menjadi-petani-berjaya/

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails