Kerajaan meletakkan hala tuju industri ruminan yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara adalah mencapai kadar sara diri (SSL) sebanyak 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang supaya bekalan makanan negara terutama sumber protein kepada rakyat terjamin.
Pertanian merupakan satu industri yang amat berpotensi untuk diusahakan. Laman ini mengumpulkan segala maklumat berkaitan agro di Malaysia meliputi bidang pertanian, ternakan dan perikanan. Jadikan Pertanian satu perniagaan yang lumayan. Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat yang berkaitan boleh hubungi saya Hisham 0192272127 (sahabat tani anda)
Friday, September 3, 2021
Rumput napier bantu industri ternakan
PANDUAN TANAM LIMAU NIPIS
Genus Citrus mengandungi banyak spesies yang boleh dimakan termasuklah oren, lemon, limau, limau bali dan limau mandarin. Limau nipis merupakan salah satu limau yang sangat popular terutama dikalangan orang Melayu bagi tujuan perubatan dan kecantikan serta untuk tujuan masakan dan minuman. Limau nipis tergolong di dalam famili Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Citrus aurantifolia. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
Keperluan asas tanaman
- Iklim tropika bersuhu 20-32 oC
- Tanah liat kurang 50 %.
- Saliran yang baik.
- Kaya dengan bahan organan dan kelembapan tanah yang cukup.
- pH di antara 5.0 – 6.5.
Pembiakan
- Biji benih
- Dibiak secara tampang iaitu secara tut.
- Bagi semaian biji atau tut yang berjaya, boleh dipindahkan ke kebun apabila mencapai umur tujuh hingga 12 bulan.
Penyediaan kawasan
- Pokok limau biasanya ditanaman dengan jarak 4 m x 5 m, 5 m x 5 m, 6 m x 6 m atau 3 m x 3 m untuk sistem tanaman padat.
- Lubang berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu.
- Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata.
- Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya. Pokok disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang.
- Lindungan perlu disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.
- Limau perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan.
Pemangkasan
- Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak perlu rendah dan tidak terlalu tinggi.
- Pemangkasan bermula selepas beberapa bulan ditanam. Bahagian atas batang utama dipangkas apabila mencapai ketinggian 30 – 45 cm dari paras tanah.
- Dahan – dahan baru akan tumbuh dan pilih 3 – 4 cabang yang subur bagi membentuk rangka pokok seterusnya.
- Buang tunas air yang keluar dari dahan tersebut dari masa kesemasa serta dahan – dahan yang lemah, berpenyakit dan dahan yang tumbuh dibahagian tengah pokok.
Kawalan Rumpai
- Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan.
- Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan.
- Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam penutup bumi.
Pengeluaran Hasil
- Hasil pada tahun pertama pengeluaran iaitu 4 tahun selepas menanam.
- Hasil lebih kurang 8,000 kg / ha
- Tahap maksimumpengeluaran pada umur 6 tahun iaitu 24,000 kg / ha.
- Penyimpanan pada suhu 10°C dengan R.H 85 – 90% boleh dilakukan sehingga tempoh 3 – 4 minggu.
- Harga borong bagi limau nipis boleh mencecah RM 4-5 sekilo
Penggredan Buah
Sumber:
- http://ww1.utusan.com.my/utusan
- http://myagri.com.my/
- Buku panduan tanam limau-UPM
- Siri panduan kualiti limau nipis-FAMA