Friday, May 17, 2019

Teknologi Fertigasi Gantung



Industri pertanian di negara kita kini kian selari dengan arus teknologi dari semasa ke semasa. Wujudnya inovasi di dalam industri pertanian mampu memacu ke arah kehidupan yang lestari.

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten.

Kini, dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan.




TEKNOLOGI fertigasi gantung banyak manfaat.

Penolong Pegawai Pertanian (Unit Hortikultur), Pejabat Pertanian Daerah (PPD) Raub, Pahang Mohd Ali Hanafiah Mazlan berkata, dulu sistem tanaman di atas tanah berbatas hanya terhad kepada kawasan dan topografi yang sesuai.

“Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama.

“Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancar,” katanya yang ditemui di PPD Raub, Pahang, baru-baru ini.



AHMAD Tarmizi Yunus, 60, memantau hasil timun di ladangnya di Kampung Temau.


Mohd Ali Hanafiah berkata, konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong.

“Antara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman.

“Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil.

“Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa,” katanya.



PENOLONG Pegawai PPD Raub, Nurul Azeela Mohd Nasir (kanan) memantau hasil pengeluaran timun milik Ahmad Tarmizi.

Menurutnya, hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvensional.

“Hasil dapat dipungut dengan mudah, cepat kerana kedudukan beg semaian lebih tinggi dan jangka hayat tanaman lebih lama.

“Sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani apabila jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus,” katanya.

Menerangkan kaedah penggunaan teknologi ini, Mohd Ali berkata, sistem para dipasang dengan kukuh untuk menggantung beg semaian dan sistem pengairan menggunakan PE tubing.



PEMILIK ladang, Fazril Shahiri, 40, (kiri) bersama pekerjanya memeriksa timun yang baru dituai di Kampung Pintu Padang.


“Setiap beg semaian yang diisi media tanaman akan digantung menggunakan kawat duri dan semai benih tanaman di dalam dulang semaian dengan media peat moss.

“Anak benih akan tumbuh dan menjalar pada dawai trellis yang disediakan,” katanya.

Menurutnya, baja larutan fertigasi (baja fertigasi set A+B) dipam masuk melalui PE tubing yang dipasang bersambungan antara beg semaian dan mempunyai ‘nipper’ pada setiap pokok.



FAZRIL menimbang hasil timun yang diusahakan.



“Kekerapan pembekalan air baja fertigasi mengikut kadar yang disyorkan dan bergantung kepada cuaca semasa. Kebiasaannya pembajaan dibuat tiga hingga enam kali sehari dan diulangi dengan air selepas dua hingga tiga jam pembajaan dibuat.

“Penggunaan baja organik seperti asid amino dan plant booster mampu meningkatkan kualiti tanaman dan pulangan hasil,” katanya.


TIMUN yang sudah digredkan sedia untuk dipasarkan.


Mohd Ali Hanafiah berkata, tunas yang baru keluar perlu dididik untuk menjalar di atas para dawai yang disediakan. Penuaian mudah dijalankan kerana hasil dapat dilihat dengan mudah dan senang untuk mengutip .

“Potensi bagi satu beg semaian untuk tanaman timun boleh mencecah tujuh hingga 10 kilogram (kg) semusim,” katanya.

Rujukan: https://www.hmetro.com.my/agro/2017/10/270253/teknologi-fertigasi-gantung

Sunday, August 27, 2017



Udang berkualiti





MAKANAN serta peralatan untuk memelihara udang antara produk yang dihasilkan oleh Aquaculture (M) Sdn. Bhd. Kota Tinggi, Johor.

Merupakan salah sebuah anak syarikat The Charoen Pokphand Group (CPF) yang ditubuhkan di Thailand sejak 1920an, Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat yang berjaya menghasilkan ladang udang putih (Penaeus vannamei) terkemuka di Johor.



Bermula daripada proses penetasan benih udang sehinggalah kepada penternakan, segalanya dilaksanakan di plot 21, Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi, Johor.



Walaupun berasal dari negara jiran, namun kestabilan serta keyakinan Malaysia mampu menjana keuntungan yang lebih baik, mendorong syarikat tersebut melaburkan sebanyak RM70 juta untuk membina kawasan ternakan udang dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan udang.



Projek penternakan udang yang dilaksanakan itu termasuk di bawah perancangan Lembah Makanan Organik BIo Desaru yang mula beroperasi pada Januari tahun lalu melibatkan pekerja seramai 131 orang.



Syarikat terbabit sehingga kini mampu membekalkan empat trilion benih udang spesies bebas patogen (SPF) ke pasaran yang mana mampu menghasilkan hampir 40,000 tan udang setahun.



Malah, syarikat tersebut juga memiliki kapasiti mengeksport 28,000 tan produk sejuk beku berasaskan udang setiap tahun.



Biarpun projek perladangan udang bermula pada tahun lepas, namun syarikat terbabit bermula sebagai pembekal makanan udang yang diimport dari Thailand sejak tahun 1992 lagi.



Kemudian syarikat tersebut mula membekalkan makanan ikan pada tahun 1994 dan mula membangunkan pusat penetasan dan asuhan udang berkualiti tinggi di Butterworth, Pulau Pinang untuk pasaran dalam negara pada 2001.



Seterusnya mula membuka kilang pemprosesan di Pelabuhan Klang, Selangor dan ladang ternakan udang di Johor seterusnya mengembangkan perniagaan pembenihan dan penternakan udang ke Sabah dan Sarawak.



Manakala pada tahun 2006, CPF telah menubuhkan Star Feedmill (M) Sdn. Bhd. untuk menghasilkan makanan hidupan akuatik (makanan udang dan ikan) yang sebelum ini di import dari Thailand.



Antara resipi kejayaan syarikat tersebut mampu menghasilkan benih serta bekalan udang putih yang berkualiti tinggi dan mencukupi adalah adaptasi serta penggunaan teknologi tinggi di samping penjagaan kebersihan kawasan yang amat teliti.



Segala prosedur tersebut dalam dilihat ketika rombongan Kembara Media Perikanan 2013 melakukan lawatan ke kilang serta tapak perladangan udang tersebut baru-baru ini.



Malah kenderaan luar juga tidak dibenarkan memasuki perkarangan kilang sembarangan bagi mengelakkan penyakit berjangkit merebak ke dalam kawasan pembenihan dan penternakan.



Syarikat terbabit juga memiliki enam pusat penetasan di seluruh negara iaitu di Butterworth, Sedili, Mersing. Sri Pantai, Lundu dan Semporna.



Selain , syarikat juga mempunyai tujuh lagi ladang ternakan udang antaranya di Bagan Datoh (Perak), Tanjung Karang dan Kuala Selangor (Selangor) , Sedili (Johor), Bako dan Sempadi (Sarawak) dan Tawau (Sabah).



Pusat pemprosesan utama udang putih hasil ternakan syarikat berkenaan terletak di Pelabuhan Klang dan di Kuching sebelum udang-udang tersebut di eksport ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.



Selain menghasilkan udang, Asia Aquaculture turut mengeluarkan produk probiotik berasaskan air yang terbahagi kepada lima produk utama iaitu bioteknologi, kualiti air dan mineral, antiseptik dan nyahjangkitan kuman, vitamin dan premix serta alatan ujian.



Antara produk udang putih sejuk beku yang dikeluarkan adalah HOSO, HLSO, HL EZ Peel dan juga CPDTO.



Penggunaan mesin automasi sepenuhnya juga ialah alat sejuk beku, mengupas kulit udang , memasak menggunakan stim menjadikan produk yang dihasilkan menepati standard kualiti antarabangsa.



Untuk maklumat lanjut berkenaan Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd.dan juga syarikat-syarikat yang bernaung di bawah CPF anda boleh melayari laman web syarikat tersebut di www.cp-malaysia.com.







0Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131125/ag_02/Udang-berkualiti#ixzz2ljj0FRly

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, October 7, 2014

Jutawan berkain pelekat

Tumpat: Melihat pada susuk tubuh Mat Ismail Jusoh yang berkain pelekat sepanjang masa, pastinya tidak menyangka bahawa beliau sebenarnya seorang jutawan yang juga pemilik jenama budu terkenal, Budu Cap Ketereh.

Tiada siapa menyangka Pengkalan Kubor mempunyai usahawan berjaya dengan nilai jualannya mencecah RM10 juta setahun.

Mat Ismail, 63, mudah dikenali kerana identitinya yang gemar berkain pelekat tidak kira pada majlis rasmi atau tidak.

“Saya lebih selesa berkain pelekat kerana saya orang kampung,” katanya.

Sehinggakan pada majlis pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Sabtu lalu, Mat Ismail yang mesra dipanggil Pok Wil tetap berkain pelekat.

“Saya akan belikan Pok Wil kain pelekat baru apabila ke Dubai nanti untuk mengembangkan perniagaan budu ke peringkat antarabangsa,” kata Mustapa.




MAT Ismail menunjukkan produk pembungkusan terbaru Budu Cap Ketereh di Kampung Ketil, Telaga Lanas dekat Pengkalan Kubor.

Mat Ismail berkata, kilang budu terbabit adalah yang terbesar di negara ini dan memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, baru-baru ini.


Bercerita bagaimana dia mengembangkan bisnesnya, bapa lapan anak itu berkata, dia memulakan perniagaan lebih 30 tahun lalu dengan hanya menggaji empat pekerja tempatan.

Katanya, dia kini mempunyai 80 pekerja yang terdiri daripada penduduk sekitar kampung terbabit.

Menurutnya, pembungkusan makanan tradisional itu turut melalui proses inovasi apabila dikeluarkan dalam dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inovasi itu dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

“Pembungkusan terkini itu turut menyelesaikan masalah untuk membawanya menaiki kapal terbang memandangkan botol tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, ilham menghasilkan budu dalam bentuk tiub terbit ketika kunjungannya di Vietnam selepas sukar memperoleh makanan halal di negara itu.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Jutawanberkainpelekat/Article

Sunday, October 5, 2014

Bawang Putih | Jangkitan Kurap ‎

Bawang putih, sejenis rempah alami, selalu digunakan dalam masakan, juga memiliki nilai-nilai perubatan bagi ‎merawat beberapa jenis masalah kesihatan, termasuk Kurap. ‎

Apakah Jangkitan Kurap ?‎ 

Kurap (dermatophytosis) terdiri dari beberapa jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh ‎jangkitan kulat. Jangkitan boleh berlaku pada kulit manusia, dan juga binatang. Jangkitan kurap berbentuk bintik-bintik merah bulat melingkari seperti cincin atau ‘ring’, tetapi ia bukan ‎disebabkan cacing melainkan dari beberapa jenis kulat. ‎

Kurap sangat gatal dan sangat menganggu perasaan dan fikiran. Semakin di garu akan semakin ‎gatal. ‎

Kurap boleh berjangkit pada mana-mana bahagian tubuh. Kulat-kulat mudah dijangkiti apabila sering berlaku sentuhan. Begitu juga dengan berkongsi pakaian, kasut, tempat tidur dsbnya. ‎

Jangkitan pada mana-mana bahagian kulit muncul semarak dan kian membiak. Kurap yang baru ‎akan mula muncul bersebelahan sebaik saja kurap yang lama mula hilang. Dan ia akan terus ‎menerus membiak, membesar, dan meluas. ‎

Apakah Punca Jangkitan Kurap ?‎


Banyak spesis kulat yang menyebabkan kurap. Secara am, kulat yang menjadi penyebab kepada ‎jangkitan kulit di sebut Dermatophytes. seperti Epidermophyton floccosum, Trichophyton rubrum‎atau Trichophyton mentagrophytes.

Dermatophytes ‎(kulat-kulat kurap) hidup dalam suasana kulit yang hangat dan lembab, di celah-celah dan lapisan kulit, ‎tetapi boleh hidup di pora-pora rambut. ‎Dermatophytes memakan keratin, iaitu bahan yang terdapat pada lapisan luar kulit, rambut dan kuku. Kulat-kulat tersebut menyerang beberapa bahagian tubuh: 
Tinea faciei menjangkiti bahagian wajah ‎ 
‎Tinea pedis (athlete's foot) menjangkiti bahagian kaki ‎ 
Tinea unguium menjangkiti bahagian kuku jari tangan dan jari kaki ‎ 
Tinea corporis menjangkiti bahagian lengan, kaki dan badan ‎ 
Tinea cruris (jock itch) menjangkiti bahagian selangkangan ‎ 
Tinea manuum menjangkiti bahagian tangan dan telapak tangan ‎ 
Tinea barbae menjangkiti bahagian wajah yang tumbuh bulu 
Tinea capitis menjangkiti bahagian kulit kepala 

Jenis Rawatan
Kurap perlu ditanggani, tidak boleh di biar dan berharap ia akan hilang sendiri. ‎

‎1 Ubat-ubatan. ‎ ‎

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan bagi merawat kurap; dalam bentuk cecair sapuan, atau krim. ‎Bahan sapuan yang sering digunakan seperti: miconazole, terbinafine, clotrimazole, ketoconazole, atau ‎tolnaftate.Di sapu 2 kali setiap hari sehingga kurap hilang, selalunya dalamasa 2 minggu akan hilang. Meskipun ‎kurap mula hilang, rawatan sapuan perlu diteruskan untuk 7 hari seterusnya bagi tujuan menghapus akar-akar kulat dan mencegah ‎kulat kurap muncul kembali.

Sapuan ubat jenis steroid akan menjadikan bentuk kurap berpecah-pecah, kulat yang menjadi penyebab ‎jangkitan kurap akan muncul di persekitaran tidak dalam bentuk bulat seperti cincin. ‎

‎2 Rawatan Alternatif ‎

Sejak berabad lamanya, manusia menggunakan bawang putih bagi membasmi berbagai jenis ‎jangkitan yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Bawang putih sudah dikenali sebagai pemampan sistem ‎kekebalan tubuh. Ia mengandungi asid amino, vitamin, zat gizi kelumit dan bahan-bahan belerang ‎organik. Antara bahan-bahan belerang organic yang sangat bermanfaat untuk kesihatan ialah ‎diallylthiosulfinate, lebih dikenali sebagai “allicin”, yang juga merupakan mercutanda bawang ‎putih, kerana allicin mengeluarkan bau yang unik. ‎ ‎
Allicin akan terhasil apabila lapisan tisu dan isi bawang dicederakan atau dipecah-pecahkan. Ia terhasil ‎dari tindakan enzim alliinase ke atas alliin. Cecair allicin yang jernih bening memiliki nilai-nilai ‎anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat, menurut University of Maryland Medical Center. Allicin ‎merupakan bahan perlindung bagi bawang putih dari di serang oleh serangga perosak. Allicin ‎bertindak mengoksidasi dan mengganggu metabolisma kulat dengan cara menghalang aktiviti ‎beberapa jenis enzim untuk metabolisma kulat seperti protease, phenoloxidase, amylase ‎dan cellulose. Dengan demikian, kulat tidak mampu membiak dan seterusnya terhapus. ‎ ‎

Jika bawang putih dipecah-pecahkan dan dilarutkan ke dalam minyak, allicin akan melalui reaksi ‎kimia dan menjadi "ajoene", yang juga bersifat anti-kulat yang berkesan. ‎ ‎

Allicin dan ajoene dari bawang putih adalah anti-kulat, didapati sangat berkesan. Pati bawang putih mampu menghapus hampir semua jenis kulat yang ‎menyebabkan kurap. ‎ ‎

Mentah atau Krim Sapuan. Cara paling mudah, bawang putih di potong-potong atau di hiris-hiris nipis. lLalu di tampal ‎pada bahagian yang dijangkiti kurap. Membalutinya dan dibiarkan sehingga semalaman. Dilakukan berterusan ‎untuk beberapa hari. Cara begini juga mampu merawat dan menghapus kurap. ‎ ‎

Jika cara seperti di atas boleh menyebabkan ‎berlaku keradangan pada kulit, maka cara lain ialah menggunakan krim sapuan dari pati bawang ‎putih. Menurut Medline ‎Plus, bagi menghapus jangkitan kurap, gel atau krim sapuan yang mengandungi 0.6 - 1 % ajoene selalunya sudah berkesan ‎sepertimana krim anti-kulat dari ubat-ubatan.

Tips penjagaan pokok bunga ros /mawar






Beginilah bunga Rose saya yang selama ini saya tanam dekat 1 tahun, kini hanya tinggal 1 pasu sahaja sebab sepasu lagi mati. Saya tertanya-tanya Kenapa Bunga Rose Asyik Gugur, layu dan mati.


Saya cuba dengan memberi Baja Terbaik untuk Pokok Bunga Rose kepada pokok bunga saya tapi permulaannya bunga mula layu dan akan mati bersama dengan daunnya. Tetapi batang pokok masih hidup.


Abaikan model gedik yang menyibuk tu, tak pernah nampak tanah gayanya tu, ha! fokus kepada kelopok-kelopak bunga yang mekar tu dan ada juga 2-3 yang masih belum mekar.


Alhamdulillah dengan mengikut Tips menggunakan Cara Terbaik dalam Penjagaan Pokok Bunga Rose, ditambah dengan Tips yang saya akan senaraikan dibawah ini.


Alhamdulillah permulaannya tak berapa nak nampak hasilnya tetapi dengan kesabaran kini pokok bunga rose mengeluarkan bunga sentiasa seperti gambar di atas.





Pada sesiapa yang mempunyai masalah seperti gambar diatas, janganlah risau kerana dari pengalaman saya dengan Tips saya In Shaa Allah Pokok Bunga akan kembali berbunga.


Tips untuk bunga rose sudah layu dan menunjukkan tanda-tanda nak mati tapi boleh diselamatkan dengan beberapa cara.
Jika ikut cara saya, saya meletakkan baja dan kemudian siram dengan cara pancuran air hujan.

Baja harus diletakkan diwaktu pagi dan ditabur jauh sedikit dari panggal batang pokok serta kadar kekerapan baja mengikut keperluan. Seperti contoh saya hanya meletakkan 1-2 kali dalam masa 1 minggu pada permulaan.
Pastikan anda mencantas batang yang sudah mati agar dapat mengelakkan merebak penyakit kebatang yang lain, dan dari cantasan itu juga akan membuatkan batang tersebut mengeluarkan anak tunas yang baru.
Siram pokok seeloknya diwaktu pagi dan petang, bergantung dengan keadaan cuaca dan elakkan menyiram pada waktu tengahari.


Saya terpanggil nak menulis tentang Tips Penjagaan Pokok Bunga Rose/Mawar ini adalah kerana kebanyakkan keyword yang masuk berkenaan ” Bagaimana nak jaga pokok bunga rose”, “kenapa bunga rose mati”, “baja terbaik untuk bunga rose/ mawar” dan semuanya berkaitan masalah dan sama seperti saya.


P/s :- Kepada yang selalu cari tentang keyword ni bolehlah cuba Tips saya, mudah-mudahan menjadi dan berbunga Pokok Bunga Rose/ Mawar anda. Selamat mencuba.


Sharing is Caring is Loving


Dipetik dari blog http://aziewan.com/tips-penjagaan-pokok-bunga-rosemawar/#more-2415

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails