Pertanian merupakan satu industri yang amat berpotensi untuk diusahakan. Laman ini mengumpulkan segala maklumat berkaitan agro di Malaysia meliputi bidang pertanian, ternakan dan perikanan. Jadikan Pertanian satu perniagaan yang lumayan. Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat yang berkaitan boleh hubungi saya Hisham 0192272127 (sahabat tani anda)
Monday, December 19, 2022
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN
Wednesday, November 30, 2022
Pesara guru jadi penternak ayam kampung Jana pendapatan lumayan
MACHANG: Seorang pesara guru kini mampu meraih pendapatan lumayan hampir setiap sebuIan dengan menjadikan hobinya membela pelbagai haiwan sebagai sumber pendapatan selepas bersara kira-kira tujuh tahun lalu.
Mohd Adnan Mamat, 62, berkata disebabkan bidang penternakan kerjaya serasi buat dirinya selepas bersara, dia mula mengusahakan peIbagai ternakan seperti itik, serati, biri-biri, ayam kampung dan kambing sebagai sumber pendapatan tambahan.
MACHANG: Seorang pesara guru kini mampu meraih pendapatan lumayan hampir setiap sebulan dengan menjadikan hobinya membela peIbagai haiwan sebagai sumber pendapatan selepas bersara kira-kira tujuh tahun lalu.
Mohd Adnan Mamat, 62, berkata disebabkan bidang penternakan kerjaya serasi buat dirinya selepas bersara, dia mula mengusahakan pelbagai ternakan seperti itik, serati, biri-biri, ayam kampung dan kambing sebagai sumber pendapatan tambahan.
Katanya, mengusahakan penternakan menjadi minatnya sejak dari keciI disebabkan arwah ayahnya, Mamat Samat juga pernah menceburi bidang berkenaan dan ia satu kepuasan kepada dirinya apabila mampu memasarkan ternakan serta memenuhi permintaan pelanggan.
“Saya tidak kisah bermandi peluh dan berbau, maIah tidak pernah ada istiIah menyesal selepas memilih untuk bersara awal pada tahun 2015 apabila mengusahakan penternakan secara lebih serius.
“Sebelum ini saya tidak mempunyai ilmu formal bidang penternakan, namun disebabkan minat saya mengikuti pelbagai kursus di dalam dan Iuar negara bagi meningkatkan pengetahuan sekali gus membina rangkaian perniagaan dengan penternak di seIuruh negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenereh Bongkok, di sini.
Bapa kepada lapan anak berusia di antara 22 hingga 35 tahun ini berkata, bagaimanapun susulan pand,emik C0VlD-l9 sejak lebih dua tahun lalu, dia terpaksa mengehadkan bilangan ternakannya dan kini hanya mempunyai 100 ayam kampung yang dijadikan sebagai induk.
“Permintaan terhadap ayam kampung sentiasa ada dan sangat tinggi sehingga saya tidak dapat menampung permintaan pelanggan yang sedia ada.
“Saya mempunyai tiga unit mesin pengeraman telur atau inkubator, dan telur ayam akan dieram selama tempoh 18 hingga 21 hari sebeIum ia menetas. Kini saya memiliki dua reban untuk memastikan bekalan ayam tidak putus,” katanya yang turut dibantu seorang pekerja.
Katanya, ayam kampung lebih mudah diternak kerana tidak memerIukan penjagaan yang rumit dan jika dijaga dengan betul, ternakan itu jarang terkena serangan penya,kit.
“Saya akan memberi ayam kampung ini makan dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Ayam ini tidak memilih makanan tetapi kebiasaannya saya memberi makan sisa makanan, dedak dan jagung.
“Ternakan ayam kampung memiliki potensi besar kerana pasaran sentiasa manakala harganya juga kekal maIah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, permintaan terhadap ayam kampung tidak putus,” katanya.
Mohd Adnan berkata, bidang penternakan dan pertanian bukan sahaja mampu menyumbang kepada industri makanan negara tetapi juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.
Mohd Adnan Mamat memilih menceburi bidang penternakan seIepas bersara sebagai guru. – NSTP/Hazira Ahmad Zaidi – Berita Harian
Sumber: https://rentas.asia/pesara-guru-jadi-penternak-ayam-kampung-jana-pendapatan-lumayan/
Cara menternak pelanduk
MENTERNAK peIanduk secara liar b0leh menjadikan haiwan itu tidak mengaIami stress.
Perkara itu dikongsikan HairuInizan Ghazali, 45, yang berpengaIaman menternak haiwan itu secara k0mersial sejak lima tahun lalu.
HairuInizan berkata, pelanduk cukup dikenaIi sebagai haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan.
Katanya, biarpun dipeIihara dalam kurungan, suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa teran.cam.
“Oleh itu, saya mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di daIam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar.
“Pada masa sama, saya berikan makanan asas pelanduk termasuk daun Iudai, daun maya dan daun simpoh air yang dicari sendiri di hutan. Saya turut menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan.
“Langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres,” katanya.
Menurutnya, stres boleh berlaku apabila pelanduk berasa teran.cam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang.
“Pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan, pelanduk boleh ma.ti.
“Jadi, pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditang,kap dan dikuarantin selama 10 hingga 14 hari untuk diberi lebih perhatian,” katanya.
Biarpun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak.
SEMAIAN anak pokok ludai sebagai stok makanan semula jadi pelanduk.
“Berbekalkan modal dan pengalaman sendiri, saya bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan.
“Saya mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk mem’biakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor,” katanya.
Terdahulu, untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menang’kap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Kemudian, saya memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil, saya mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan.
BUAH bulang antara makanan kegemaran pelanduk.
“Sehingga kini saya sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.
Berkongsi berkenaan penternakan pelanduk, perkara yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan dan pemakanan.
“Kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jang’kitan penya’kit yang diakibatkan oleh cacing.
“Daripada segi pemakanan puIa, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlaIu banyak,” katanya.
Jelasnya, pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana mendapat permintaan yang tinggi di negara ini.
Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran.
“Pada masa sama, saya tidak men0Iak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan peIanduk secara k0mersial,” katanya – Harian Metro
Tuesday, January 25, 2022
Cara tanam sawi dan prosesnya
Penanaman sawi di rumah adalah amat digalakkan memandangkan sawi merupakan sayur yang senang ditanam dan sawi digunakan di dalam pelbagai masakan. Namun, terdapat beberapa cara yang perlu diamalkan supaya tanaman sawi tumbuh segar dan sihat.
Cara Tanam Sawi dan Prosesnya
1. Proses Penyediaan Batas
Penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis Tanah
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾ paras pot tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur mengikut baris yang lurus. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam. Setelah batas telah siap disediakan, tabur benih yang telah dicampur bersama pasir.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray. Siram 2x sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
Semaian biji benih sawi yang baik.
3. Penjarakkan atau Penjarangan Sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun pada hari ke 10 hingga hari ke 14, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain.
Jika sawi disemai tanpa bercampur bersama pasir, sawi akan tumbuh terlalu rapat dan proses penjarangan akan sukar untuk dijalankan dan akan menyebabkan ada pokok yang patah.
Penjarangan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
4. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik campuran boleh digunakan dengan menggunakan cili padi, bawang putih, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi.
5. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibairkan sehingga menjadi kompos. Tanaman lain boleh ditanam di kawasan tersebut seperti bayam, kangkung atau jenis sayur yang lain. Penukaran jenis tanaman pada kawasan yang sama adalah amat digalakkan bagi memelihara nutrien di dalam tanah.
Kesimpulannya, penanaman sayur sawi di laman rumah tidaklah begitu merumitkan dan amalan tanaman sayur-sayuran terutamanya dengan menggunakan kaedah organik adalah amat digalakkan.
Kredit: https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cara-tanam-sawi-yang-mudah-dan-betul/
CARA TANAM POKOK KELAPA YANG BETUL
Bagaimanakah cara tanam pokok kelapa yang betul? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap cara tanam pokok kelapa yang betul bermula dari segi penyediaan tanah hingga kawalan penyakit dan perosak.
Pengenalan
Kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan beriklim seperti di Malaysia. Hasil bagi tanaman ini tidak mengikut musim dan boleh didapati sepanjang tahun. Di Malaysia, penanaman secara komersil telah dijalankan di Johor, Selangor dan Perak. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan negara.
Berdasarkan kepada hasil purata pengeluaran kelapa pada 2007, Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun. Namun sehingga kini, masalahnya tetap sama iaitu pengeluaran kelapa negara masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kelapa segar dan industri pemprosesan negara. Industri ini juga memainkan peranan penting dalam perdagangan negara kita kerana sebahagian besar daripada sektor eksport dan import bagi tanaman ini terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering, santan dan kelapa segar.
Industri kelapa masih relevan untuk diusahakan sehingga kini dan merupakan industri penting yang menyumbang kepada sosioekonomi negara terutamanya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil. Tanpa melengahkan masa lagi, hari ini saya akan memberi mengupas tentang cara-cara menanam kelapa.
Keperluan Asas Sebelum Penanaman
Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman kelapa adalah tanah liat berpasir. Seperti yang kita sedia tahu, kebanyakkannya pokok kelapa mudah didapati di kawasan persisiran pantai kerana ianya adalah kawasan yang sesuai bagi tanaman ini. Sebelum menjalankan penanaman, perlu diketahui bahawa kawasan tanaman perlulah mempunyai tanah yang subur dan sistem saliran yang baik.
Untuk keperluan pH pula, ianya adalah dalam lingkungan pH 5.5 – 6.5. Suhu yang sesuai adalah lebih kurang 27°C. Kawasan penanaman kelapa hendaklah menerima taburan hujan lebih daripada 1800 mm tanpa musim kemarau yang panjang. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa jika keadaan kawasan sangat lembab atau taburan hujan yang melebihi 3,000mm setahun, ianya akan mengundang kepada masalah reput pucuk dan buah gugur sebelum waktunya.
Varieti (Jenis Pokok Kelapa)
1. Matag
2. Pandan
3. MRD
4. MYD
Penyediaan Tanah
Sebelum memulakan penanaman, tanah terlebih dahulu perlulah dibajak untuk membalikkan tanah menggunakan mekanisasi jentera ladang seperti bajak putar atau piring. Pada masa yang sama dengan menggunakan jentera tersebut, anda perlu memperbaiki saliran dengan mengadakan sistem perparitan bagi mengeluarkan air yang berlebihan dari permukaan tanah.
Selain itu tanah juga perlu melalui proses pengapuran sebagai satu langkah meneutralkan tanah semula sekurang-kurangnya 2-4 minggu sebelum penanaman. Untuk program pengapuran ini, ianya boleh dijalankan sekali semasa pembajakan dilakukan bagi menjimatkan masa bekerja.
Selepas tamat tempoh tersebut, anda perlu menentukan corak penanaman dengan menandakan tapak penanaman ataupun lining menggunakan pancang bagi menentukan jarak tanaman serta memudahkan proses penggalian lubang kelak.
Kemudian, anda boleh melanjutkan kepada langkah seterusnya iaitu penyediaan batas. Untuk penyediaan batas, tanaman kepala menggunakan sistem chamber ataupun penanaman di antara parit seperti di bawah:
Seterusnya adalah penggalian lubang bagi tanaman kelapa. Saiz lubang tanaman adalah berukuran 45cm panjang x 45cm lebar x 45cm dalam.
Pemilihan Anak benih Kelapa
Anak benih yang dipilih mestilah yang sihat dan tidak berpenyakit. Cara mudah mengenalpasti anak pokok yang sesuai adalah ianya mempunyai warna daun hijau gelap dan pastikan anak pokok yang hendak ditanam telah pecah daun untuk ditanam. Secara teori, benih yang paling sesuai ditanam adalah sekitar umur 4-6 bulan tanpa polibeg dan 8 – 10 bulan bagi semaian dalam polibeg.
Penanaman
Dalam proses penanaman, waktu yang terbaik untuk memulakan penanaman kelapa ini adalah pada awal musim hujan. Langkah pertama adalah tabur 200gm baja CIRP di dalam lubang yang telah disediakan. Ini kerana dengan penggunaan baja CIRP, ianya akan meransang pertumbuhan akar dengan lebih baik. Setelah itu, anda boleh meneruskan dengan memasukkan benih pokok kelapa lalu, dipadatkan dengan tanah ke dalam lubang tersebut. Langkah terakhir adalah dengan menabur 400g baja organik pada jarak 1m daripada anak pokok kelapa.
Pembajaan
Untuk program pembajaan pula, seperti telah dinyatakan semasa menanam, kadar baja yang digunakan adalah baja organik 400g dan CIRP 200g dalam lubang yang telah disediakan. Pada peringkat umur kelapa sekitar 1-3 tahun, penggunaan baja NPK Kuning/Green (15:15:6:4) pada kadar 1 – 1.5kg/pk/tahun akan digunakan bagi meransang pertumbuhan pokok.
Manakala pada umur 4 tahun dan ke atas, penggunaan NPK Biru (12:12:17:2) dengan kadar 5kg/pk/tahun bagi meransang pertumbuhan bunga dan buah. Kaedah pembajaan bagi pokok adalah sedikit berbeza dengan tanaman lain. Terdapat 2 cara pembajaan iaitu dengan membuat 4-5 poket lubang ataupun membuat alur pada keliling pokok mengikut kanopi.
Kaedah poket
Kaedah alur
Kawalan Perosak dan Penyakit
Antara perosak yang sinonim dengan tanaman kelapa adalah haiwan liar seperti monyet, babi hutan, tupai dan sebagainya. Kehadiran haiwan ini akan mengundang kerugian besar kepada pengusaha sekiranya tidak dibanteras. Terdapat pelbagai kaedah kawalan haiwan ini seperti dengan membuat perangkap atau menembak haiwan tersebut dengan kerjasama dengan Jabatan Perhilitan. Untuk cara yang tidak praktikal adalah menghalau haiwan tersebut dengan letupan.
Monyet
Manakala serangga yang umum menyerang tanaman kelapa pula, adalah kumbang tanduk, kumbang merah palma, kumbang pucuk kelapa, kumbang pleisispa dan ulat artona. Antara cara mengawal serangan kumbang adalah dengan menggunakan perangkap feromon. Untuk pendekatan secara kimia pula adalah bergantung kepada peringkat umur pokok. Sekiranya pada peringkat anak pokok, letakkan 3-4 butir carbofuran pada lubang di pucuk pokok. Bagi pokok rendah pula, pucuk pokok perlu disembur dengan racun serangga cypermethrin. Akhir sekali bagi pokok yang tinggi, laksanakan suntikan batang dengan racun kimia methamidophos atau monocrotopos semasa cuaca kering dan pokok sihat.
Kumbang merah palma
Yang paling menjejaskan tanaman kelapa adalah ancaman serangga seperti kumbang. Namun begitu, ianya sama sekali tidak terlepas daripada serangan penyakit yang umum seperti bintik daun. Untuk mengatasinya adalah dengan semburan racun benomyl.
Bintik daun
Penuaian
Pokok kelapa yang telah ditanam akan mula berbunga selepas 3 tahun setelah ditanam. Sebatang pokok kelapa boleh menghasilkan 80-120 buah setahun. Manakala untuk purata berat buah adalah sekitar 2.4kg sebiji. Pelbagai produk hiliran yang boleh dihasilkan dengan kelapa segar seperti santan, minyak kelapa, dan sebagainya.
Penutup
Sebagai salah satu usaha untuk memulihkan industri kelapa negara, langkah proaktif memajukan industri ini perlu diteruskan. Dengan strategi meningkatkan produktiviti untuk kepentingan dua hala, ianya turut meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan bekalan kelapa negara juga bertambah bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.
Diharapkan artikel Cara Tanam Pokok Kelapa ini dapat memberikan para pembaca idea berkenaan cara tanam pokok kelapa yang betul dan mendatangkan hasil.
Rujukan:
- M. Haari (2019). Menanam kelapa (komersial). KCCCI AGRO Seminar 2019 Program Agropreneur Muda [PowerPoint slides].
- Jabatan Pertanian (2011). Ringkasan Pencapaian Purata Hasil Pengeluaran Projek-projek Industri Tanaman.
Rumput minyak jadi pilihan penternak
|Rumput minyak kini menjadi pilihan penternak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakan bagi menjimatkan kos pengurusan berikutan kenaikan harga dedak dan palet haiwan sejak kebelakangan ini. - Foto Bernama
TANAH MERAH - Rumput minyak kini menjadi pilihan penternak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakan bagi menjimatkan kos pengurusan berikutan kenaikan harga dedak dan palet haiwan sejak kebelakangan ini.
Rata-rata penternak berskala kecil di sini memilih untuk menanam sendiri tumbuhan itu, kerana mendakwa harga dedak dan palet naik RM3 hingga RM10 bergantung kepada jenisnya, sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Ketika ditemui Bernama, seorang penternak kecil-kecilan Abdullah Mat Nuh, 76, berkata, beliau memilih untuk menanam rumput minyak di tanah seluas suku ekar di kediamannya di Manal dekat sini bermula awal tahun ini.
“Ini memandangkan harga dedak naik dan membebankan sehingga saya terpaksa mengeluarkan RM1,000 sebulan bagi membeli dedak dan palet yang kini dijual pada harga RM45 hingga RM60 bagi setiap 50 kilogram (kg) berbanding sebelum ini hanya RM40 hingga RM50 bagi setiap 50 kilogram,” katanya.
Namun, sejak Abdullah mula menanam rumput minyak sebagai alternatif sumber makanan kepada haiwan ternakannya, ia telah mengurangkan RM500 daripada kos bulanannya.
“Ditambah pula ketika ini di kawasan rumah saya susah untuk mendapatkan bekalan rumput kerana terletak berdekatan sawah padi, kerana itu saya melakukan inisiatif ini. Malah, tanam rumput minyak ini jimat kos dan untuk menjaganya tidak susah,” katanya yang menternak enam ekor lembu dan 10 ekor biri-biri itu.
Turut melakukan usaha yang sama, Muhammad Nor Hanis Harun, 30, yang menjadikan rumput minyak menjadi pilihannya bagi mendapat bekalan sumber makanan berterusan serta mencukupi kepada haiwan ternakannya, malah kosnya lebih murah berbanding membeli palet atau dedak dalam pengurusan ternakan.
“Ia menjimatkan kos saya untuk menyediakan sumber makanan kepada empat ekor lembu dan dua ekor kuda, yang mana sebelum ini saya memerlukan RM800 sebulan dan dengan keadah ini saya mampu menjimatkan kos RM400,” luahnya.
Beliau berkata, pada peringkat permulaan penanaman rumput minyak yang menggunakan biji benih atau keratan akar rumput tua perlu ditanam permukaan tanah yang dibajak, kemudian boleh dituai setelah berusia satu hingga dua bulan dengan ketinggian lebih 38 sentimeter (cm) hingga 50cm.
“Tuaian boleh dilakukan sebanyak lima sehingga tujuh kali setahun, bergantung kepada keluasan (tanaman) dan rumput minyak ini sesuai untuk makanan kepada haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau, rusa serta lain-lain ternakan yang makan rumput,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160052/EDISI/Rumput-minyak-jadi-pilihan-penternak