Dia berkata, peningkatan kos dedak adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi sebagai penternak.
Katanya, makanan penting untuk tumbesaran haiwan ternakan ketika berada di fasa perindukan, pembesaran, pengeluaran.
"Harga dedak komersial seberat 50 kilogram adalah RM150. Untuk setiap pusingan, seekor itik memerlukan kira-kira 9.6 kilogram makanan.
"Untuk setiap pusingan saya boleh ternak sehingga 1,000 ekor itik dan boleh kira berapa modal saya perlu keluarkan untuk dedak sahaja," katanya.
Menyedari perkara itu, dia mengambil inisiatif untuk menghasilkan sendiri mengikut formulasi nutrisi yang diperlukan oleh itik.
"Saya menggunakan bahan alternatif yang lebih murah dan mudah untuk didapati di sekeliling termasuk hampas kelapa, ikan 'reject,' sayur rosak, tanaman keliling rumah, lebihan makanan dari kedai makan dan azolla.
"Campuran bahan alternatif ini dijadikan sebagai makanan untuk itik membesar dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Menurutnya, makanan yang dihasilkan perlu mempunyai mempunyai lemak, kalsium dan protein sesuai untuk keperluan itik.
"Sukatan yang tepat sangat penting kerana ia boleh memberi kesan kepada tempoh tumbesaran itik sekali gus akan meningkatkan kos. Oleh itu penternak perlu hasilkan makanan yang perlu mempunyai khasiat seperti dedak komersial.
"Semua ini saya pelajari menerusi kursus penghasilan makanan untuk ternakan yang banyak membantu penternak. Sejak menggunakan makanan ternakan alternatif ini, saya dapat jimat RM60 untuk satu pusingan sekali gus dapat menjimatkan kos penternakan," katanya.
Pada masa, sama dia turut berdepan dengan masalah untuk mendapat bekalan anak itik daripada pembekal.
"Kadangkala berlaku masalah pembekal tidak dapat menghantar bekalan anak itik pada masa yang ditetapkan atas masalah tak dapat dielakkan termasuk kenderaan rosak atau bencana alam. Apabila ini berlaku, saya berdepan bekalan itik pedaging akan berkurangan.
"Kini saya dalam proses untuk membiakkan sendiri itik pedaging bagi mengatasi masalah ini berlarutan," katanya.
Selain membekalkan itik pedaging kepada pengusaha restoran dan katering di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor, dia turut menghasilkan produk salai termasuk itik, daging, ikan keli, gulai daging salai serta rendang itik.
"Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dulu meningkatkan permintaan terhadap produk salai. Oleh itu kami mengambil peluang untuk menghasilkan produk hiliran sendiri.
"Sambutan terhadap produk sangat menggalakkan. Ada juga pelanggan kami yang membeli dan membawa produk kami ke Papua New Guinea, Dubai dan Switzerland," katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/agro/2022/11/900217/hasilkan-sendiri-makanan-itik
No comments:
Post a Comment