Tuesday, September 21, 2021

Tips Untuk Menjadi Petani Berjaya

 Sekiranya anda mahu menjadi seorang petani atau usahawan tani berjaya perlu ada ciri-ciri seperti berikut.

1. Minat dan Bersikap Positif

Minat kepada pertanian adalah kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.

Bagaimanapun, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.

Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan ya!

2. Perancangan Teliti

Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek seperti berikut:

Tanah
Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek yang ada ingin jalankan.

Jika anda tidak mempunyai tanah yang luas anda boleh menggunakan teknik tanaman hidroponik dan bekas terbuang contohnya. Yang penting anda perlu kreatif dan inovatif.

Modal
Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam dari saudara mara atau pun daripada institusi bank. Aliran untung rugi tanaman juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.

Khidmat nasihat
Bakal petani perlu mendapatkan maklumat mengenai sesuatu projek pertanian yang diminati melalui pelbagai sumber seperti internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka.

Kalau anda ada wang yang banyak apa salahnya pergi ke negara maju dalam pertanian dan belajar dari mereka di sana! Selain itu, para petani perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain di dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.

3. Peka Terhadap Teknologi

Petani berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional atau cara lama. Petani perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pertanian.

Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.

Teknologi benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI. Petani juga boleh menggunakan pelbagai teknologi kejenteraan selain pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam pertanian untuk memaksimumkan pendapatan mereka.

4. Mendapatkan Persijilan SALM dan SOM

Para petani yang ingin berjaya juga perlu berusaha untuk mendapatkan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu meluaskan pasaran mereka. Antaranya seperti:

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ( SALM ) merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk member Pengikhtirafan kepada Pengusaha yang mengamalkan Amalan Ladang yang Baik ( APB ) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agricltural Practies ( GAP )

Skim Organik Malaysia ( SOM ) adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengikhtiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia ( SOM ) , Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production , Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

5. Mengkaji Pasaran

Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.

6. Berdaya Saing

Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan pertanian kita. Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut para petani bagi mengembangkan lagi perniagaan anda.

Anda boleh layari laman rasmi jabatan pertanian melalui link ini: http://www.doa.gov.my, http://agri.pahang.gov.my/

kredit to https://rentas.asia/tips-untuk-menjadi-petani-berjaya/

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails