Sekiranya anda mahu menjadi seorang petani atau usahawan tani berjaya perlu ada ciri-ciri seperti berikut.
1. Minat dan Bersikap Positif
Minat kepada pertanian adalah kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.
Bagaimanapun, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.
2. Perancangan Teliti
Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek seperti berikut:
Jika anda tidak mempunyai tanah yang luas anda boleh menggunakan teknik tanaman hidroponik dan bekas terbuang contohnya. Yang penting anda perlu kreatif dan inovatif.
Kalau anda ada wang yang banyak apa salahnya pergi ke negara maju dalam pertanian dan belajar dari mereka di sana! Selain itu, para petani perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain di dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.
3. Peka Terhadap Teknologi
Petani berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional atau cara lama. Petani perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pertanian.
Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.
Teknologi benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI. Petani juga boleh menggunakan pelbagai teknologi kejenteraan selain pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam pertanian untuk memaksimumkan pendapatan mereka.
4. Mendapatkan Persijilan SALM dan SOM
Para petani yang ingin berjaya juga perlu berusaha untuk mendapatkan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu meluaskan pasaran mereka. Antaranya seperti:
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ( SALM ) merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk member Pengikhtirafan kepada Pengusaha yang mengamalkan Amalan Ladang yang Baik ( APB ) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agricltural Practies ( GAP )
Skim Organik Malaysia ( SOM ) adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengikhtiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia ( SOM ) , Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production , Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.
5. Mengkaji Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.
6. Berdaya Saing
Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan pertanian kita. Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut para petani bagi mengembangkan lagi perniagaan anda.
Anda boleh layari laman rasmi jabatan pertanian melalui link ini: http://www.doa.gov.my, http://agri.pahang.gov.my/
kredit to https://rentas.asia/tips-untuk-menjadi-petani-berjaya/
1 comment:
Saya ingin berbagi di sini tentang bagaimana Tuan Pedro memberi saya pinjaman sebesar £820.000,00 untuk memperluas bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%. Saya sangat bersyukur dan saya pikir saya harus membagikannya di sini. Berikut alamat emailnya: pedroloanss@gmail.com / WhatsApp +393510140339 jika ada di sini yang mencari suku bunga pinjaman yang terjangkau.
Post a Comment