Monday, September 6, 2021

Harga RM2,000 Sekilogram, Wartawan Ini Nekad Berhenti Kerja, Tanam Pokok Vanilla Di Temerloh, Pahang

 


VANILLA (Vanilla fragrans) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang dipercayai berasal dari Amerika Tengah, Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia.


Negara jiran kita iaitu Indonesia adalah pengeluar terbesar Vanilla di dunia. Di Malaysia, tanaman Vanilla ini amat jarang kita dengar, malah di tempat kelahiran saya, Sabah juga belum ada pekebun yang menanam tanaman ini.Seorang pengusaha tanaman Vanilla, Mohamad Feisal Mohamad Norawi yang juga seorang bekas wartawan kini beralih kepada tanaman Vanilla kerana beliau mendapati produk ini boleh menjana pulangan lumayan.

Katanya harga sekilogram minyak Vanilla mencecah RM2,000, antara pembeli produk Vanilla beliau ialah dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman, menurut laporan Utusan.

Vanilla banyak digunakan dalam produk kosmetik, makanan dan juga dalam bidang perubatan. Ice cram perisa vanilla antara pencuci mulut kegemaran saya.

Secara purata, Zamrus Zakaria kongsikan anggaran pendapatan untuk tanaman Vanilla dalam 1 hekar/ekar.

A. Tanaman
1. 2000 pokok vanilla boleh ditanam setiap 1 hektar (2.5 ekar) atau 800 pokok vanilla satu ekar.

B. Produktiviti
1. Setiap pokok vanilla yg sihat, subur boleh hasilkan 50 - 100 kacang vanilla setahun (40,000 - 80,000 kacang satu ekar/setahun)

2. 1kg = 250 kekacang vanilla.

3. 1 ekar = 160kg - 320kg setahun (RM320k - RM640k setahun jika harga RM2,000/kg)
atau
13.33kg - 26.67kg sebulan setiap ekar (RM26,666 - RM53,333 sebulan jika harga RM2,000/kg)

C. Harga
1. Harga pengguna (gred A) : USD$800/kg atau USD$3/satu kacang (pjg secara kasar 14cm)
Jika negara jiran kita boleh menjana pendapatan lumayan dari pokok Vanilla, kenapa Malaysia tidak boleh? saya rasa tanaman ini amat berpotensi tinggi jika di tanam di Malaysia seperti durian Musang King.

Kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Mohd Feisal yang beralamat di Lot 2231 kg bangau parit, Temerloh atau menghubungi talian di 018-913 2774 , Page fb Vanilla Temerloh.


Sumber: Amin Agro









Saturday, September 4, 2021

Ketum ayam suburkan ternakan [METROTV]

 

Kos makanan ternakan antara cabaran utama dihadapi pengusaha industri ternakan di negara ini, malah ia juga antara faktor penentu kepada harga pasaran bagi kambing, lembu, ikan dan ayam.

Bagi mengatasi masalah itu, seorang usahawan ayam kampung Supardi Bai, menjalankan kajian selama beberapa tahun mendapati pokok ‘ketum ayam’ atau madre de agua (Trichanthera gigantea) yang berasal dari Amerika Selatan antara alternatif makanan ternakan.

Ketum ayam mengandungi protein yang tinggi dan mudah ditanam sementara daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses sekali gus dapat mengurangkan kos makanan ternakan.

AYAM kampung menikmati daun ketum ayam yang segar.
AYAM kampung menikmati daun ketum ayam yang segar.

Supardi atau lebih mesra disapa Pak Tam berkata, keratan anak pokok berkenaan dibeli daripada seorang kenalan di Kuching, Sarawak selepas beberapa negara menjadikan daun itu sebagai makanan ternakan.

Beliau berkata, nama ketum ayam diberi penduduk kampung kerana menyangka pokok yang ditanam ini adalah pokok ketum walhal ia adalah madre de agua.

“Dari situ lekat nama ketum ayam kerana ia mudah diingati. Daunnya tidak beracun dan tiada antinutritif yang membolehkan protein diserap terus ke dalam badan ternakan bagi membantu mempercepatkan tumbesaran.

SUPARDI memberi makan daun ketum ayam yang sudah matang.
SUPARDI memberi makan daun ketum ayam yang sudah matang.

“Daging ayam yang diberi daun ketum ini kurang lemak sementara teksturnya lebih kenyal dan rasanya juga lebih manis berbanding ayam diberi dedak 100 peratus. Telur ayam yang diberi makan ketum ayam juga mengandungi lebih Omega 3.

“Kos pengeluaran yang lebih rendah akan menjadi pemangkin untuk pengguna terutama suri rumah beralih kepada ayam organik berbanding ayam daging,” katanya yang ditemui di ladangnya di Kampung Sentosa Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SUPARDI membersihkan anak pokok.
SUPARDI membersihkan anak pokok.

Supardi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Okayama, Jepun, berkata, dia membuat kajian berkenaan ketum ayam sejak 2012 bermula dengan mengadaptasi cuaca dan persekitaran di Malaysia.

“Kajian penambahbaikan untuk makanan ayam turut dijalankan. Pelbagai kajian dilakukan antaranya merebus daun dengan ikan masin, perencah sup, kisar dan gaul dengan dedak, kisar untuk minuman, biskut atau cekodok turut dijalankan.

“Kajian ini diberi kepada sejumlah ayam kacuk di dalam beberapa siri ternakan. Berasaskan keputusan kajian, sampel terdiri daripada campuran daun tua, sedang dan muda sudah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Bahagian Teknologi Makanan Ternakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Hasil keputusan analisis ini menunjukkan kandungan protein kasar yang tinggi iaitu sebanyak 23.3 peratus sementara nilai lemak kasar adalah rendah iaitu 2.6 peratus,” katanya.

PROSES penyediaan anak pokok ketum ayam.
PROSES penyediaan anak pokok ketum ayam.

Menurutnya, ia bukan satu kebetulan kerana data kajian di luar negara menunjukkan daun ini menghasilkan kandungan protein melebihi 20 peratus.

“Kandungan protein ini jauh lebih tinggi berbanding napier (14 peratus), daun kelapa sawit (15 peratus) dan dedak (10 hingga 21 peratus). Bagaimanapun, perlu diingat sama seperti semua tumbuhan lain, kandungan nutrisi adalah berkadar terus dengan kesuburan.

AYAM dewasa sedang makan daun ketum ayam.
AYAM dewasa sedang makan daun ketum ayam.

“Buat masa ini, ternakan sesuai ialah ayam kampung dan kambing yang tidak lepas bebas, ayam kacuk, itik dan ayam piru, burung puyuh, ikan lampam serta talapia.

“Oleh kerana daun ketum ayam ini tidak beracun dan tidak mengandungi bahan antinutritif (tenin dan selulosa), kajian boleh dijalankan untuk mempelbagaikan kegunaan kepada ternakan lain termasuk arnab,” katanya.

Supardi berkata, daun segar boleh diberi makan begitu saja kepada ternakan. Pada peringkat permulaan, mungkin ada penolakan disebabkan ternakan sudah biasa dengan makanan rutin.

DAUM ketum ayam yang dicampur dengan ubi kayu.
DAUM ketum ayam yang dicampur dengan ubi kayu.

“Bagi anak ayam pula, daun berkenaan perlu diracik terlebih dahulu namun bagi ayam besar, ia boleh diberikan begitu saja. Selain diberi dalam bentuk segar, ia juga boleh diproses menjadi sumber protein yang digaul bersama ubi kayu dan lain-lain.

“Sejak saya menggunakan daun ini, ayam menjadi lebih sihat dengan kadar kematian hanya 0.3 peratus. Kadar tumbesaran meningkat kepada dua kilogram (kg) bagi jantan dan 1.7kg (betina) pada usia 10 minggu.

“Tidak seperti daun ketum yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya, daun ini sudah digunakan sebagai makanan ternakan sejak sekian lama di negara tropika dan tiada simptom negatif seperti keracunan yang dilaporkan,” katanya.

POKOK ketum ayam yang sudah matang.
POKOK ketum ayam yang sudah matang.

POKOK KETUM AYAM

• Spesies pokok renek

• Daun muda yang lebar mencecah sekaki dan berat sehelai 10 gram

• Dipetik setiap dua hingga tiga minggu dapat membantu mengurangkan pemberian dedak

• Sesuai ditanam di tanah yang agak lembap, subur dan agak terlindung

• Pengairan yang konsisten dapat membantu kesuburan dan memaksimumkan kandungan protein

Sumber:https://www.hmetro.com.my/agro/2018/08/368872/ketum-ayam-suburkan-ternakan-metrotv

Potensi Pendapatan PISANG TANDUK Untuk 1 Ekar Adalah RM42,000 – Jarak Tanam Pisang

 

1. JARAK tanam pisang  bergantung pada jenis, Pisang berangan 7×7 kaki, Pisang tanduk 5×5 kaki, Pisang raja 10×10 kaki, pisang nangka 10×10 kaki

Ia bergantung pada jenis pisang, kalau yang banyak anak seperti pisang keling, boleh tanam 15×15 kaki

2. Contohnya, jika anda tanam pisang tanduk dengan jarak 5×5 kaki, jumlah pokok yang boleh anda tanam adalah 1,400 pokok/ekar

3 . Pisang TANDUK tidak akan mengeluarkan ANAK selagi induk tidak ditebang.


4. Berat setandan pisang tanduk boleh mencecah diantara 6 – 8 kilogram

5. Petua untuk gemukkan buah pisang, potong jantung pisang dan letakkan plastik berisi air garam dihujung tandan, sukatan garam 2-3 sudu sudah memadai.

6. Anak pisang atau sulur pisang perlu ditanam ke kebun sebaiknya tidak melebihi 1 minggu untuk mengelakkan anak pisang tidak kering atau mereput

7. Harga borong pisang tanduk dijual sekitar rm5 -6 sekilogram bergantung pada permintaan dan lokasi. Jika jual sendiri lebih lumayan.

8. Daun pisang yang dicantas dan di longgokkan di pangkal pisang, ia  boleh dijadikan sebagai baja kompos untuk suburkan pisang.

9. Potensi pendapatan pisang tanduk untuk 1 ekar dianggarkan sekitar 1,400 pokok x 6 kilo sepokok = 8400 kilogram/ha

10. 8400 kilo x rm5 = rm42,000 untuk 1 ekar per musim. tidak termasuk kos2 benih, baja pekerja dan sebegainya. Lumayan tak? tepuk dada tanya selera.

sUMBER: https://rentas.asia/potensi-pendapatan-pisang-tanduk-untuk-1-ekar-adalah-rm42000-jarak-tanam-pisang/

TIPS MENANAM TERUNG PANJANG, CARA KENAL BUNGA DAN PENJAGAAN POKOK BERBUA...

Ayam belanda terima permintaan tinggi

PONTIAN - Ayam piru atau ayam belanda cukup digemari masyarakat Barat dan menjadi hidangan tradisi sempena perayaan utama mereka.

Keenakan ayam belanda yang mempunyai isi lebih pejal dan kandungan kolesterol lebih rendah kini turut menjadi hidangan istimewa bagi masyarakat Melayu terutama ketika Syawal.
Tidak sukar untuk mendapatkan ayam belanda kerana ramai usahawan tempatan kini mula menternak ayam itu dalam skala besar.

Antaranya, Nurul Fairuz Amir, 39 usahawan ayam belanda di Kampung Parit Haji Zain Darat yang berkecimpung dalam bidang ternakan itu sejak enam tahun lalu.
Nurul Fairuz tidak menyangka percubaannya melakukan pembaharuan dalam ternakan ayam kampung yang dimulakan oleh ayahnya Amir Misran, 62, membuahkan hasil cukup lumayan.
"Harga ayam belanda mencecah sekitar RM30 hingga RM35 sekilogram dengan tempoh matang sekitar enam dan tujuh bulan sebelum dapat disembelih.

Bercerita mengenai pembabitannya, Nurul Fairuz berkata, lawatannya ke Australia sebelum ini memberi idea mengenai ternakan ayam belanda.

Nurul Fairuz menunjukkan telur asin dan produk kraf yang dihasilkan dari ayam belanda.

Bekas pengurus bahagian latihan di sebuah syarikat swasta ini berkata, dia pulang ke kampung pada tahun 2014 bagi meneruskan ternakan ayam kampung yang diusahakan ayahnya.
"Pada tahun berikutnya, saya mula menternak 100 ekor ayam belanda. Permintaan yang tinggi mendorong saya menambah ternakan.
"Bilangan ayam belanda kini mencecah 250 ekor dengan pasaran terbesar di Johor Bahru," katanya kepada Sinar Harian.Nurul Fairuz berkata, produk hiliran daripada bulu ayam belanda berasaskan kraf turut diperkenalkan di samping telurnya yang dijadikan telur asin.

"Saya yakin dengan peluang cerah yang dimiliki dalam bidang ternakan ayam belanda. Wanita juga boleh berjaya dalam ternakan ayam belanda.

"Paling penting kesungguhan dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru selain berkat doa ibu bapa dan keluarga," katanya.

Sementara itu katanya, menu rendang ayam belanda menjadi pilihan utama ketika Syawal.

Selain itu, ada juga yang memasak ayam belanda dijadikan ungkep yang merupakan hidangan tradisi masyarakat Jawa terutama di Pontian.

Cari Maklumat anda di sini

Google
 
Related Posts with Thumbnails